Makanan Laut, Udang

Resepi Udang Berlado Campak Epal Ijo

resepi-udang-berlado-campak-epal-ijo

Resepi Udang Berlado Campak Epal Ijo

Biasa udang kita masak sambal tumis ke, goreng kunyit ke takpun udang goreng tepung kan. Jadi kali ni kita masak udang berlado sambil campak hirisan epal hijau. Rasa masam manis dalam resepi ni memang kena pada tekak. Sekali rasa kompom repeat lagi.

Bahan-Bahan:

  • Udang secukupnya (dilumur dengan garam dan kunyit)
  • 1 batang serai (diketuk manja)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 biji cili padi (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dikisar)
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil gula perang
  • 1 sudu kecil pati ikan bilis
  • Sedikit air
  • 5 – 6 helai daun limau purut
  • 1 biji epal hijau (dihiris halus)
  • 1 biji cili merah (dihiris nipis)

Cara Memasak:

1. Udang digoreng sekejap. Kemudian angkat dan ketepikan. Tumis serai dan bawang besar biar sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan kacau rata.

2. Apabila naik bau, masukkan sos ikan, sos tiram, gula perang, pati ikan bilis dan sedikit air. Kacau rata.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Masakan Mudah Kari Ikan Tenggiri

3. Lepas tu masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kemudian masukkan daun limau purut dan hirisan epal hijau. Kacau rata. Tunggu sekejap baru ditutup api. Dah siap.

Resepi Udang Berlado Campak Epal Ijo

Resepi Oleh: Iza Abu Bakar