Masakan Barat, Snek, snek

Resepi Buat Niaga Cooney Dog Meleleh

resepi-buat-niaga-cooney-dog-meleleh

Resepi Buat Niaga Cooney Dog Meleleh

Salam semua kawan-kawan, ramai yang DM saya tanya dari dulu untuk resepi Cooney Dog Meleleh. Di sini saya share dekat kawan-kawan semua yang nak buat niaga or makan sendiri, Insyallah saya share ilmu ya. Dari 1st PKP dulu ni lah saya niaga, dengan duit cooney ini saya niaga dapat kumpul Cash sampai 14k setiap bulan dengan jualan bulanan di rumah sahaja.Sampai PKP 3 saya dah stop sebab bz mengajar benda lain. Jangan tanya dari mana saya dapat resepi ini tau, korang try dan anda akan tahu sama rasa dengan yang makan di Restaurant. Sorry lambat share sebab bz dengan kerja hakiki.

Bahan-Bahan Sos

  • Daging Kisar Packet (Tak kisah jenama apa) – For sure korang orang niaga cari benda murah kan, Saya recommend korang buat niaga cari jenama TESCO sebab dia antara paling murah dalam sejarah dan dari segi Quality. Dapat lah korang control Food Cost agar tak rugi.
  • Bawang Holland cincang
  • Bawang putih cincang halus
  • Tomato sos Pes
  • Sos cili Packet
  • Kicap Caramel pekat
  • cili powder
  • Beef stock
  • Daun Bay kering
  • garam
  • gula perang
  • black papeper
  • Cuka putih
  • Tepung jagung
  • serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan ketumbar

Bahan Untuk Dressing:

  • Bawang Holland cincang
  • Sausage
  • roti HOT Dog
  • Cheddar Cheese (Option)

Cara Membuat:

1. Tumis Bawang putih dengan minyak jangan sampai hangus, masukkan bawang holland, masukkan daging kisar. Goreng agar betul-betul hancur dan garing semua.

2. Lepas tu, masukkan daun bay untuk buang bau hanyir dari beef itu. Bila dah garing, korang masukkan air panas dekat beef dalam kuali. Ikut korang kalau nak kuah banyak lebihkan air tapi jangan air terlalu sedikit.

3. Lepas itu, masukkan semua sos, cili, tomato, kicap, cili powder sedikit, beef stock, black pepper, gula perang, garam, serbuk jintan manis, dan jintan putih semua dan biarkan renih.

4. Masukkan cuka putih (berhati-hati jangan sampai cuka cantas semua rasa beef) dan jangan terlalu banyak sebab cuka adalah untuk bagi kekuatan dalam beef agar dapat level yang BEST untuk taste.

5. Lepas betul-betul menggelegak, korang masukkan tepung jagung untuk pemekat kuah. Selepas masuk tepung jagung, rasa akan mula berubah dan masa itu korang try lagi sekali tahap manis, masin agar balance.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kayangan Gratinated Baked Potatoes

6. Biarkan mendidih betul-betul kalau under food safety adalah 4 jam tahap renih supaya selamat dimakan kalau korang nak buat niaga. Bila dah ok, nak simpan lama letak dalam Chiller atau jadikan pes pun boleh. Bila dah masak, ketepikan kuah tadi.

7. Untuk Roti sausage tadi korang kukus sekejap sahaja sausage (HOT Dog pun kukus jangan lama dalam 1 minit dah ok). Lupa pulak sebelum kukus korang belah jangan sampai putus dua, cukup untuk letakkan hot Dog untuk selit tengah roti agar bila dah kukus senang dibuka.

8. Lepas kukus korang letakkan HOT dog dekat tengah-tengah roti lepas tu letakkan sos cooney tu. Lepas tu taburkan bawang holland dan Ceddar Cheese. Ia sebagai Option untuk korang bagi more value bila nak meniaga, orang nak sesuatu yang baru dalam cooney Dog. Selamat Mencuba guys.

Tips: Satu petua masak banyak-banyak lepas tu korang masukkan dalam Chiller. Sos ini boleh buat cicah dengan roti, dressing atas pizza, makan dengan apa pun BEST guys. Korang Boleh Jual rm6-rm7 satu keuntungan antara 55-58%.

Saya halalkan dunia akhirat ilmu saya untuk korang semua.

Resepi Buat Niaga Cooney Dog Meleleh

Resepi Oleh: Mohd Fadly