Snek, snek

Cucur Garing Rangup Makan Panas-Panas Sedap

cucur-garing-rangup-makan-panas-panas-sedap

Cucur Garing Rangup Makan Panas-Panas Sedap

Aduh sampai terpaksa la ‘cheat day’ arini disebabkan tergoda dek cucur garing nih. Resepi asal sepatutnya ada udang yang halus atau pun kita panggil udang rencah tu. Tapi udang rencah tak ada pulak dalam peti ais. So kita guna apa yang ada je la ye.

Sebab tak ada udang dalam bancuhan ni tak boleh la kita panggil cucur udang ya. Tapi jangan risau, walaupun tak ada udang cucur versi ni tetap sedap. Cucur resepi ni garing di luar, lembut di dalam. Krup krap krup krap!. Makan pulak panas-panas. Serious sedap!.

Mak kak M yang suka sayur pun tapi kalau cucur ni habis semua sayur dia makan. Sebab dia kata rangup semuanya. Jom tengok resepi yang mudah yakmat nih.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 biji lada merah – dadu
  • 1 ikat daun kucai – potong lebih kurang 1 inci
  • 1 gengam taugeh
  • 1 biji tomato – dadu
  • 1 tin jagung
  • 1 biji telur
  • 2 – 3 cawan air
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan-bahan kecuali air. Masukkan air sikit demi sikit hingga semuanya sebati dan adunan tidak terlalu pekat dan terlalu cair.

2. Gaul rata ketepikan rehatkan bancuhan cucur sekejap dalam masa 15 miinit. Letakkan adunan dengan sejemput tangan ke dalam minyak untuk dapatkan saiz yang kecik comel.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Roti Dengan Sosej

3. Boleh juga gunakan senduk ataupun sudip untuk dapatkan size cucur yang besar. Goreng di dalam minyak panas dengan api perlahan supaya cucur menjadi garing. Toskan minyak dan siap untuk dihidang.

Tips:

  1. Goreng cucur dalam minyak yang sederhana panas untuk pastikan dia rangup. Minyak yang tak panas akan jadikan bancuhan cucur ‘makan minyak’ dan kalau minyak terlalu panas pulak akan sebabkan cucur jadi cepat hangit.
  2. Adunan cucur ikut kesukaan kita, samada suka cair atau pekat. Kalau nak cucur yang garing, buat adunannya cair sikit, kalau suka pejal sikit, bancuhan biar pekat sikit.
  3. Telur dan soda bikarbonat antara bahan yang penting untuk dapat cucur yang lembut. Ada yang bancuh dengan air panas, tapi kak M guna air coway suhu bilik tu saja. Mudah tapi tetap menjadi.
Cucur Garing Rangup Makan Panas-Panas Sedap

Resepi Oleh: Marina Ismail