Biskut, Snek, snek

Resepi Tutty Frutti Tart Cookies Rangup

resepi-tutty-frutti-tart-cookies-rangup

Resepi Tutty Frutti Tart Cookies Rangup

Bahan Kulit Tart (Tart Shell):

  • 290gram tepung gandum
  • 170gram butter
  • 50gram gula icing
  • 1 bji telur gred c
  • Sedikit esen vanilla

Cara Membuat:

1. Satukan butter dan gula aising, kacau hingga sebati. Bila dah sebati, masukkan telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Simpan doh dalam peti ais selama 1 jam (tak mo masukkan pun boleh tapi tak dapatlah kulit tart yang cantik).

3. Teraplah guna acuan tart shell, cucuk-cucukkan bahagian dalam atau tengahnya sikit. Bolehlah bakar pada suhu 180*c api atas dan bawah selama 18-20 minit. Bila dah sejuk baru kuarkan daripada acuan.

Bahan Inti Tart:

  • 500g cornflakes (saya guna yang kecik-kecik beli kat bakery, kalo yang biasa beli brand Nestle’ pastu ramas sikit-sikit ja)
  • 1 cawan badam slice (bakar)
  • 1 cawan badam nibs (bakar)
  • 1/2 cawan walnut (tak mo buh pun takpe- bakar)
  • 1/2 cawan ceri merah
  • 1/2 cawan ceri hijau
  • 1 cawan madu
  • 1/2 cawan gula perang (nak manis buh 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan butter

+ Semua kekacang bakar sekejap 8-10 minit

Cara Membuat:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Siput

1. Panaskan butter dalam kuali dan masukkan gula. Apabila gula dah mencair, masukkan madu dan masak hingga berbuih ganas.

2. Bila dah berbuih ganas, masukkan cornflakes, badam-badam, walnut, ceri merah dan hijau. Kacau hingga sebati kemudian tutup api.

3. Masukkan inti dalam shell tart, tak yah penuh sangat pun takpa. Bakar selama 5 minit, suhu 180c api atas dan bawah. Biarkan sejuk, bolehlah baca Bismillah dan ngap.

Nota:

  • Jika inti masih berbaki boleh masukkan dalam papercup yang kecil dan bakar selama 5 minit juga.
  • Kalau hampa nak buh kekacang sahaja (macam-macam jenis) pun boleh, tak yah buh cornflakes.
  • Kulit tart kalau hampa malaih buat beli ja kat bakery.
Resepi Tutty Frutti Tart Cookies Rangup

Resepi Oleh: Mariana Zainal