Kuih Muih

Resepi Kuih Bakar Pandan Mini Sedap

resepi-kuih-bakar-pandan-mini-sedap

Resepi Kuih Bakar Pandan Mini Sedap

Alhamdulillah… Sarapan ringkas sahaja. Kuih Bakar Pandan Mini. Pun encik asben tak sempat nak makan, kita bekalkan 3 ketul. Hasilkan Anggaran 15 biji kuih

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar butter – cairkan
  • 3 biji telur (kalau gred A guna 2 biji)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Pewarna hijau
  • Sedikit bijan – untuk ditabur

Cara Membuat:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan blend hingga sebati dan tepung tidak berbintil. Tapiskan adunan ke dalam satu bekas. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180°C dalam 10 minit.

2. Pada 5 minit yang akhir, masukkan loyang muffin yang telah dioles mentega ataupun minyak. Ini untuk elakkan supaya kuih bakar tidak melekat dalam loyang. Kepanasan oven ikut kesesuaian oven masing-masing ye.

3. Setelah 5 minit, keluarkan loyang dan masukkan adunan yang telah di kisar tadi. Saya tuangkan adunan kisar ke dalam mangkuk dan sendokkan ke dalam acuan. Terpulanglah cara masing-masing.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Donut Kampung Gebu

4. Kemudian taburkan bijan di atasnya. Bakar selama 50 minit ke 60 minit atau sehingga masak dan permukaan kuih nampak keperang-perangan.

Resepi Kuih Bakar Pandan Mini Sedap

Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor