Pastry, Roti

Resepi Mudah Roti Chicken Floss Buns

resepi-mudah-roti-chicken-floss-buns

Resepi Mudah Roti Chicken Floss Buns

Assalamualaikum… Haluuu. Hari ni I nak share resepi Chicken Floss Buns. Chicken Floss Buns ni antara roti favourite I kalau pergi bakery. So hari ni I try buat sendiri.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum serbaguna cap Lily*
  • 3/4 cawan air suam*
  • 2 sudu besar gula*
  • 1 sudu besar instant yis*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil ovalet*
  • Sedikit garam*
  • 1 sudu besar marjerin

Cara Membuat:

1. Bahan yang bertanda (*) dicampurkan semua dalam 1 bekas. Uli hingga rata dan licin sedikit. Kemudian masukkan marjerin. Uli lagi hingga licin dan elastik. Perap 1 jam.

2. Bila doh dah naik 2 kali ganda, bahagikan doh kepada 8/10 bahagian. Bulatkan dan letak atas baking paper atau paper cup. Perap lagi 30 minit. Bakar roti dengan suhu 170/1809 selama 20 minit, api atas bawah.

Bahan Sapuan atas Roti:

  • Mayonis 1 cawan
  • Susu pekat manis 2 sudu besar

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan di atas dan gaul rata. Roti yang dah siap tadi, potong di tengahnya. Masukkan sedikit mayonis ke dalam roti dan sapu di atas roti.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Bai atau Hotdog Bun, Boleh Buat Roti John atau Makan Dengan Ais Krim

2. Kemudian taburkan chicken floss atas roti. Chicken floss boleh beli kat kedai. Maka roti pun siap untuk dihidang.

Nota: Nak guna bun burger tu pun boleh. Atau bun roti john tu. So tak perlu buat roti sendiri. Tinggal sapu mayonis + susu dan tabur chicken floss je. Selamat Mencuba.

Resepi Mudah Roti Chicken Floss Buns

Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad