
Cara Buat Tomyam Paste Homemade Sedap
Tomyam paste homemade yang sedap dan tanpa ragu-ragu. Version ini sudah saya upgrade dan sangat disukai kenalan-kenalan dan pelanggan saya. Berbeza dari resepi yang saya pelajari di class berbayar rm 250 pada 19 tahun dahulu tetapi tidaklah sesedap mana. Paste ini juga sesuai untuk digunakan untuk masakan bergoreng yang lain seperti behoon, sayur, nasi, ikan dan lain-lain.
Cara dan bahan-bahan (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa tetapi saya beri berdasarkan saiz kuali saya tu);
1. Minyak masak 1 1/2 cawan digunakan untuk menggoreng bergilir-gilir sehingga layu atau nàik bau kemudian ditoskan bahan-bahan bertanda (**) dibawah.
- ** Cili kering (rm 3) yang dibelah 2 untuk buang biji, cuci dan toskan.
- ** Cili merah fresh 20 biji
- ** 6 biji bawang merah besar (guna bawang kecil pun boleh tapi letak banyak) dan 2 biji besar bawang Holland, belah 8
- ** 5 pokok ketumbar, keratan pangkal batang dan akar
- ** Halia sebesar ibu jari, lengkuas juga
- ** 2 labu bawang putih
- ** Serai gemuk 8 batang hiris kasar
- 15 helai daun limau purut (dikira bercantum), di buang urat tengahnya untuk mengelakkan rasa pahit, daun saya lebar-lebar
- 1 sudu besar belacan yang disangai/bakar, lebih sikit pun okay
2. KESEMUA bahan-bahan di atas diblend tanpa air, hanya gunakan baki minyak menggoreng tu jer.
- 1 mangkuk saiz sup, ikan bilis dan jumlah yang sama untuk udang kering, dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus.
3. KESEMUA bahan-bahan di atas dimasak dalam kuali hingga betul-betul naik minyak dan berbau wangi dan warna berubah gelap. Rajin-rajinlah di gaul balikkan dengan api sederhana. Kemudian masukkan;
- 1 bekas penuh paste asam jawa.
- Gula Thai lebih kurang 4 ke 6 sudu besar, mengikut cita rasa atau boleh guna gula lain.
- 1 ke 1 1/2 cawan fish sos (perlu terasa lebih masin dari kebiasaan kita masak lauk)
- Boleh letak 2 ketul kiub ayam jika suka
- 2 biji juice limau nipis
4. Masakkan lagi sehingga kesemuanya sebati dan sudah betul-betul matang. Kemudian boleh disimpan dan digunakan mengikut cara yang anda suka. Ini adalah cara melalui RnD dan pengalaman saya. Diharap ada kebaikan perkongsian ini. Maaf jika tidak bersetuju.
Resepi Oleh: Myss Deen