Manisan

Resepi Tiramisu Ekonomi Tanpa Telur

resepi-tiramisu-ekonomi-tanpa-telur

Resepi Tiramisu Ekonomi Tanpa Telur

Eggless tiramisu, Tiramisu ekonomi yang masih sedap walaupun guna cream cheese biase-biase jer. Panaih lit-lit ni sedakk weyy lalu ikut tekak kalo ada request akak share resepi ok.

Eggless Tiramisu

Bahan-Bahan:

  • 250ml whipping cream
  • 4 tbsp icing sugar
  • 250g cream cheese
  • 400ml strong coffee (tanpa gula)
  • 12-15 ladyfingers biscuits
  • Cocoa powder untuk hiasan

Cara Membuat:

1. Pukul whipping cream bersama gula icing hingga soft peak dan ketepikan.

2. Pukul cream cheese bersama 2-3 tbsp coffee. Bila cheese dah kembang, satukan whipping cream tadi secara kaup balik hingga licin dan tidak berketul.

3. Celupkan biskut ke dalam lebihan coffee dan susun di dalam bekas yang sesuai. Jika guna gelas biskut kena potong kecik-kecik sikit.

4. Sendukkan adunan cheese tadi dan ratakan. Jika guna gelas pipekan cheese guna piping bag.

5. Kemudian taburkan serbuk koko. Buat 2 lapisan dan bahagian atas sekali taburkan serbuk koko. Sejukkan 2-3 jam dan hidangkan.

Nota: Nak mudah putar whipping cream, icing sugar, coffee dan cream cheese tu sekali sampai kembang, pastu folo step berikutnya. Ni tiramisu low budget ya, kalo kome kaya boleh guna mascarpone.

Resepi Tiramisu Ekonomi Tanpa Telur

Resepi Oleh: Keroroyz Royz