Manisan

Resepi Tiramisu Tanpa Telur

resepi-tiramisu-tanpa-telur

Okay dah siap TIRAMISU saya tanpa menggunakan telur. Buat sikit saja sebab makan berdua dengan husband. Sejukkan dulu dalam fridge at least 4 hours before serving.. (Tak sabar nak makan). Ada baki cream lagi so nak buat dalam glass pula.. Resepi kat bawah. Boleh share yer saya halalkan.

Resepi Tiramisu Tanpa Telur

Bahan-Bahan:

250g philadelphia cream cheese (lain brand pun boleh)
500ml whipping cream (saya guna emborg brand)
1/2 cup gula kastor
1/2 cup susu pekat
1 sudu makan esen vanilla
Biskut ladyfinger secukupnya (boleh gunakan sponge kek juga)
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan nescafe
Sedikit serbuk koko untuk ditabur

Cara Buat:

Firstly, buat dahulu bancuhan nescafe + koko menggunakan air panas tanpa gula. Biarkan sejuk.

1. Masukkan cream cheese dalam bekas mixer tu sekali dengan gula, esen vanila dan susu pekat dan pukul.

2. Kemudian campurkan whipping cream. Pukul sampai sebati dan kental/kembang. Ketepikan.

3. Ambil biskut ladyfinger, celupkan dalam air bancuhan nescafe yang dah sejuk tadi (jangan terlalu lama nanti lembik). Kemudian aturkan dalam bekas atau apa-apa sahaja. Susun sebelah menyebelah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mousse Coklat Mudah

4. Lepas tu, ratakan adunan cheese yang di pukul tadi atas biskut ladyfinger (ikut suka hati mau tebal macam mana) dan taburkan serbuk koko di atasnya menggunakan penapis supaya serbuk koko tak berketul-ketul.

5. Ulang proses yang sama untuk layer seterusnya. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam. Hidangkan.

Resepi Tiramisu Tanpa Telur

Resepi Oleh: Aween Darwena