Resepi Sup Telur Paling Mudah
Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau takk? Ibu mane tak seronok kalau anak puji kan?
Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Bahan-Bahan:
- 4 biji telur ayam
- 7 biji fishball (belah dua)
- Setengah biji carrot (belah dua dan potong biasa)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- Kiub pati ayam (guna separuh je)
- lada sulah
- Garam
- 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
- Minyak masak
Cara Masak:
1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
2. Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
3. Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye).
4. Bila dah nampak telur masak elok seketul-seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup. Selamat mencuba ye.

Resepi Oleh: Nora Azni