snek, Snek

Resepi Tauhuyaki Buat Tokoyaki Menggunakan Tauhu

resepi-tauhuyaki-buat-tokoyaki-menggunakan-tauhu

Resepi Tauhuyaki Buat Tokoyaki Menggunakan Tauhu

Nak buat berniaga bisnes ok sangat, dalam tu korang boleh tukar-tukar nak letak apa pun boleh. Kita guna crab stick.

Bahan-Bahan:

  • 12 ketul tauhu kering
  • 4 batang filamen berperisa ketam (crab stick)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu kecil KNORR Pasti Sedap
  • 1 1/2 cawan air
  • Sos homemade :
  • 1 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 susu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap biasa
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 8 sudu besar gula perang (brown sugar)
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu kecil KNORR Pasti Sedap

Cara Membuat:

1. Crab stick dipotong kepada 3 bahagian. Tauhu kering dibelah kecil jangan putus, ambil crab stick yang dipotong tadi sumbat di dalamnya.

2. Satukan tepung gandum, tepung jagung dan Knorr Pasti Sedap bancuh dengan air hingga sebati.

3. Panaskan minyak, celup tauhu ke dalam bancuhan tepung goreng hingga keperangan keemasan, angkat dan toskan minyak.

4. Satukan semua bahan sos di dalam periuk, kacau dan masak hingga gula licin.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Rempeyek Rangup Paling Mudah

5. Cara hidangan, letak tauhuyaki di dalam bekas kemudian siram sos dan tabur bonito flakes serta bijan, jika suka letak mayonis sedia dinikmati. Jom buat.

Resepi Tauhuyaki Buat Tokoyaki Menggunakan Tauhu

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish