
Resepi Tauhu Sumbat Daging Bukan Begedil
Bahan-Bahan:
- Tauhu
- Daging cincang – 500g
- Bawang putih – 6 ulas
- Bawang goreng – 40g
- Lada putih – 2tbsp
- Garam kasar – 1tbsp
- Tepung ubi – 100g
- Telur putih – 2 biji
Cara Membuat:
1. Kisar daging sampai betul-betul halus guna food processer. Bila dah halus baru masukkan masukkan bawang putih, lada putih, garam kasar, bawang goreng, telur putih, ais dan kisar lagi bagi sebati dan jadi kental.
2. Bila dah sebati semua, keluarkan dan gaul dengan tepung ubi sedikit demi sedikit sampai agak-agak tak melekat kat tangan. Kalau still lagi melekat-lekat boleh tambah lagi tepung ubi.
- Kuantiti ais ikut kehalusan daging untuk jadikan kental.
- Kalau takde food processer boleh kisar guna blender tapi jangan blend terus sekali banyak.
Cara Nak Sumbat: Potong tauhu jadi segi tiga, belah tengah untuk keluarkan isi tauhu sikit dan sumbatkan daging tadi. Lepastu boleh la goreng.
Cara Nak Goreng: Kacau telur, black pepper dan garam. Celup tauhu dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas dan deep fry.
Dah siap boleh la makan dengan sos cili ataupun kuah kicap. Selamat mencuba semua!
Resepi Oleh: Tyra Manan