Ayam, Masakan Thai

Resepi Masakan Thai Pad Prik Krapow

resepi-masakan-thai-pad-prik-krapow

Resepi Masakan Thai Pad Prik Krapow

Bahan-Bahan:

  • 2 sudu minyak
  • 3 ulas bawnag putih (cincang)
  • 1 inch halia (cincang)
  • 1 btg serai (potong 2, ketuk)
  • 3 helai daun limau purut, buang tulang belakang
  • air secukupnya
  • 1 paket Perencah Tomyam Adabi
  • 3 sudu Seafood Sauce/Sos Tiram
  • 3 sudu Sos Cili
  • Kicap Lemak Manis secukup rasa
  • 500gm isi ayam cincang (cincang sendiri)
  • sos ikan secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • 1 cawan daun selasih
  • 4 biji cili api
  • kobis secukupnya
  • 3 pokok sawi (lagi sedap guna kailan)
  • 1/2 biji capsicum merah
  • 1/2 biji capsicum hijau
  • segenggam tomato ceri

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan serai.

2. Tambah perencah tom yam, air ikut sukatan kuah nak banyak mana dan daun limau. Kacau sampai mendidih.

3. Masukkan ayam, kacau dan bila ayam hampir masak, perasakan dengan sos ikan dan gula. Kacau dan tambah daun selasih. Kacau sampai ayam masak.

4. Tabur cili api dan masukkan kobis dan sawi. Kacau sampai semua masak elok dan kuah mendidih pekat. Perasakan dengan kicap lemak manis.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Hitam Masala

5. Last sekali, masukkan tomato dan capsicum. Tutup api. Kacau sebati. Done.

Resepi Masakan Thai Pad Prik Krapow

Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli