Daging

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail

resepi-daging-goreng-kunyit-kelantan-stail

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail

Hari ni Suk nak share cara goreng daging kunyit cara Kelantan pulak. Biarlah satu Malaysia dah pandai goreng daging pon, Suk nak share jugak.

Bahan-Bahannya:

  • 1/2 kg daging dipotong kecil melintang urat (gaul garam kunyit)
  • 1 biji bawang holand
  • 1 biji bawang putih
  • Cili merah, cili hijau, cili api
  • Sedikit kicap (rahsia jadi sedap & cantik)

Cara-Caranya:

1. Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya daging tak liat nanti. Basuh daging bersih-bersih dan gaul garam kunyit, bawang putih dan sedikit air. Perap seketika bersama air tadi.

2. Masukkan daging ke dalam kuali bersama airnya sekali. Biarkan air kering dan daging empuk. Air tadi membantu daging cepat empuk ya. Tapi jangan banyak sangat, jenuh nak tunggu kering.

3. Bila air dah kering, masukkan minyak masak. Kacau seketika dan biarkan daging betul-betul masak sekata. Kemudian boleh la masukkan hirisan bawang dan cili merah, cili hijau atau cili api.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Serunding Daging

4. Sebelum tutup api, masukkan sedikit kicap ke dalam daging goreng tadi. Haa ni petua nak bagi daging goreng kita lagi sedap dan cantik. Sikit jer taww, nanti jadi daging goreng kicap pulak.

Tadaaa daging goreng kunyit Kelantan stail is done. Boleh hidangkan bersama sayur lemak putih dan menu-menu lain yang matching.

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail

Resepi Oleh: Sukma Ismail