Roti

Roti Kebab Daging Ala Pasar Malam

roti-kebab-daging-ala-pasar-malam

Roti Kebab Daging Ala Pasar Malam

Suami kata dah lama tak makan Roti Kebab Daging Ala Pasar Malam. Nak buat inti tu memang takda masalah. Nak cari roti arab atau roti pita tu, memang payah di musim PKP ni. Maka, gigih jugaklah buat ROTI ARAB HOMEMADE versi sendiri buat pertama kali. Ni resepi olahan saya sendiri ye. Alhamdulillah, lega rasa sebab rasa Kebab Daging ni memang persis kat pasar malam tu.

ROTI ARAB Homemade My Style versi Mudah

Bahan Doh:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
  • 1 cawan (lebih kurang) air suam

Cara Membuat:

1. Satukan tepung, yis, gula, garam dan minyak dalam satu bekas. Gaul sebati kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Adunan macam buat roti puri je.

2. Uli beberapa minit kemudian rehatkan doh selama 1 jam. Selepas tu, tumbuk doh dan uli semula dan boleh bulat bulatkan doh sebesar penumbuk. Kemudian leperkan doh dan roll sedikit nipis.

3. Sedia untuk digoreng atas non-stick pan tanpa minyak guna api sederhana, atau boleh dibakar guna oven. Roti akan nampak naik sedikit. Satu adunan tu saya dapat buat 6 keping.

4. Untuk makluman, roti ni tiada rongga ye. Potong 2 terlebih dahulu, kemudian belahkan bahagian tengah roti supaya dapat “poket” pada roti tadi. Sedia untuk sumbatkan inti kebab.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Braised Lamb Shank Yang Sangat Menyelerakan

Bahan Untuk Inti Kebab Daging:

  • 1 Paket Daging Burger Ramly
  • 1 Biji bawang Holland (potong dadu)
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • Sedikit lada sulah
  • Timun (dipotong dadu)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Mayonis

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali, masukkan daging burger dan hancurkan. Biar daging keluarkan minyak dan sedikit kecut, baru masukkan bawang holland. Tambahkan sos sos yang ada, lada sulah, seasoning dan kacau hingga daging masak. Tambahkan timun dan tomato, kacau sebati dan tutup api.

2. Ambil roti yang telah dihiris, sapukan mayonis pada bahagian dalam roti, kemudian sumbatkan inti daging burger yang sudah dimasak. Tambah sos jika perlu. Sedia dihidangkan. Insha’Allah, rasa macam kat pasar malam. Selamat mencuba.

Roti Kebab Daging Ala Pasar Malam

Resepi Oleh: CikPuan SitiMasitah