Resepi Talam Pandan Guna Pandan Asli Lebih Sedap
Pada yang mintak resepi talam pandan, haaa ni ler resepinye. Mudah sangat, sukat dengan cawan jek. Siapa nak cuba, silakan ler. Boleh la buat minum petang dengan sarapan. Resepi ni untuk loyang saiz 10×10 inci tau. Rasa dia yang kenyal, lemak dengan lembut tu yang best. Yang sakit gusi pun boleh makan. Ok jom tengok bahannye.
Bahan Lapisan Bawah:
- 8 helai daun pandan atau lebih
- 3 cawan air
- 1 kotak kecik santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh)
- 1 cawan gula pasir
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
Cara Membuanya:
1. Blend daun pandan dengan air. Tapis ambil air dia je. Masukkan semua bahan dan kacau. Lepas dah larut semua, tapis ke dalam bekas lain.
2. Sediakan loyang 10 x 10 inci. Lapikkan dengan plastik. Tak mo lapik dengan plastik pun boleh tapi sapu dengan minyak dulu.
3. Tuang adunan pandan kat dalam loyang. Kukus atas kukusan yang sesiap mendidih airnye, selama 20 minit. Api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecik. Sederhana.
Bahan Lapisan Atas:
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 kotak kecik santan kara (apa brand pun tak pe)
- 1 1/2sudu kecik atau secukup rasa garam
- 3 cawan air
Cara Membuat:
4. Masukkan semua bahan, kacau dan tapis sesiap. Bila adunan lapisan bawah tadi dah cukup 20 minit masukkan terus ke dalam loyang. Tak perlu turunkan kukusan. Tuang je terus. Tapi hati-hati ye.
5. Kukus selama 20 minit lagi. Cukup 20 minit buka penutup kukusan. Kalau ada air dalam loyang, mengiringkan supaya senang ceduk dan buang air tu. Siap. Tunggu sejuk baru potong. Selamat mencuba ye.
Guna Pengukus Elektrik Ni Kuih Cepat Masak! >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Lia Yob Ibrahim