Kek Batik Moist Rasa Premium Cair Di Mulut
Kek Batik moist Rasa Premium, Melting dimulut. Jom korang buat sendiri puas makan. Topping leleh dan Wangi butter sungguh nikmat di setiap suapan!.
Bahan-Bahan:
- 2 ketul butter berat 250g/200gm setiap satu
- 2 cawan teh serbuk minuman coklat
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 cawan teh susu tepung
- 1/2 tin susu pekat (jika suka manis guna 1 tin)
- 1 cawan teh air kosong
- 1 sudu besar esen vanilla
- 3 1/2 bungkus biskut MARiE (biasa setiap bungkus 300gm)
Cara Membuat:
1. Cairkan butter dan perlahankan api. Masukkan satu persatu semua bahan di atas kecuali biskut. Kacau adunan hingga semua larut dan sebati hingga terhasil seperti sos coklat sederhana pekat.
2. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan. Masuk Separuh-separuh dahulu sambil kacau rata. Pastikan kesemua biskut bersalut rata dengan bahan cecair.
3. Sendukkan kek ke dalam bekas pilihan dan tekan bagi mampat. Tuang topping coklat lalu simpan dalam peti selama 1 jam sebelum hidang. siap.
Cara Buat Toping Coklat Ikut Resepi Ni >> Topping Coklat Kek Batik
Adunan ni boleh dapat 7 bekas plastik.Jika nak buat sikit, bahagi dua je bahan di atas. Simpan frozen tahan berbulan. Simpan di peti chiller tahan 2 minggu.
Guna Serbuk Malt Coklat Ni >> https://shope.ee/9zXKh66THU
Resepi Oleh: Aisyah Humaira