Resepi Kuah Laksa Lemak Utara Pekat Memikat
Kuah Laksa Lemak Utara pulak hari nie. Nama pon “hantu” laksa kan. Mai dengan lapaq, ikan 5 ekoq pon on terus. Hanya IC 02, daerah pendang ja yang femes dengan laksa nie. Kawan-kawan penah makan dak laksa kuah lemak nie?
Bahan-Bahan:
- 1 bungkuih laksa kering (rendam kemudian rebus sehingga lembut, toskan)
- 5 – 10 ekor ikan (ikan kembung @ ikan sardin) – rebus kemudian asingkan isi & tulang
- 4 biji bawang besar saiz sederhana (3 biji blend & 1 biji lagi diracik halus)
- 2 biji bawang putih (blend)
- 3 senduk kecik rempah kari ikan
- 1 biji kelapa (perah amik santan pekat sahaja)
- Daun kesum
- Bunga kantan
- Asam keping
- Garam & bahan perasa
- Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bawang yang diracik halus. Bila dah kekuningan, boleh masukkan bawang besar dan bawang putih yang diblend tadi. Bila dah naik bau, boleh masukkan rempah dan tumis sampai pecah minyak.
2. Sementara tunggu rempah masak, boleh asingkan isi ikan dan tulang. Tulang ikan jangan dibuang, blend tulang ikan menggunakan air rebusan ikan tadi. Guna penapis yang lubang halus dan tapis tulang yang telah diblend tadi.
3. Sementara isi ikan pula, terpulang sama ada nak blend atau tumbuk. Tapi jangan hancur sangat. Bila rempah dah masak, boleh la masukkan santan, isi ikan, bunga kantan, asam keping dan daun kesum.
4. Akhir sekali, bila kuah dah mendidih, boleh masukkan garam dan serbuk perasa. Suaikan rasa, bila semua dah ok, boleh la hidangkan dengan laksa mee yang dah direbus tadi serta bahan-bahan ulaman.
Guna Laksa Beras Kering Ni Rasa Lebih Kenyal dan Sedap >> https://shope.ee/5AJdf4tK4G
Selamat Mencuba.
Resepi Oleh: Shah Shatry