Resepi Creamy Sweet Corn Soup
Bahan-Bahan:
- 1 sudu butter
- 1 bawang holland (saiz kecik, dadu halus)
- 1 kiub ayam adabi
- 1 sudu tepung gandum
- 1 tin sweet kernel corn adabi (asingkan 1 sudu jagung)
- 1 kotak kecik susu full cream
- 1 sk mixed herbs
- blackpepper secukup rasa (faa guna ajishio punya blackpepper, so dia ada rasa masin. Kalau guna blackpepper yang tak masin, boleh tambah garam secukup rasa. Kalau tak nak tambah pun takpe. Ikut selera)
Cara Buat:
1. Cairkan butter. Guna api sederhana. Tumis bawang holland hingga layu. Masukkan kiub ayam dan tepung gandum. Kacau sampai agak garing.
2. Masukkan semua jagung sekali dengan air dia. Kacau sampai rata. Masukkan susu. Kacau sampai mendidih dan pekat.
3. Tutup api. Biar suam. Blender sampai halus. Tapiskan semula dalam kuali tadi. Tambah mixed herbs dan blackpepper. Kacau sampai mendidih. Tutup api.
4. Tabur cheddar cheese parut, parsley cincang dan jagung yang diasingkan tadi. Makan dengan garlic bread.
Nota: Garlic butter untuk garlic bread versi faa senang je, campurkan 1 buku butter lembut dengan 1 sudu bawang putih cincang halus dan 1 sudu mixed herbs. Kacau sampai sebati. Masukkan dalam tupperware ke tipuware ke, then letak lam peti. Nak makan just spread kat roti, bakar. Done.

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo