Manisan

Resepi Mango Float Rasa Macam Ais Krim

resepi-mango-float-rasa-macam-ais-krim

Resepi Mango Float Rasa Macam Ais Krim

Tengah panas lit lit ni jom la layan Mango Float. Tengah musim mangga ni kan. Sedap yang amat rasa al-ala aiskrim gitu. Segar masuk dalam tekak.

Bahan-Bahan:

  • 3 biji mangga saiz besar – di potong dadu
  • 1 cwn non dairy whipping cream
  • 1 paket biskut marie – di blend halus
  • 1 cwn nestum – optional

Bahan Blend:

  • 1/2 biji mangga
  • 1/2 cwn gula
  • 1/2 cwn air

Bahan-bahan di atas di blend jadikan puri.

Cara Membuatnya:

1. Pukul whipping cream hingga kembang. Kemudian, campur dengan puri mangga. Pukul lagi hingga kental atau sebati. Biskut marie dicampur dengan nestum. Kalau tak nak nestum pun boleh jer, tapi lagi sedap kalau letak.

2. Mula-mula sudukan biskut atau nestum ke dalam gelas atau acuan mini. Di ikuti dengan krim, kemudian mangga. Ulang step yang sama sampai penuh. Last sekali, tabur sedikit biskut atau nestum sebagai hiasan.

3. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais kat chiller. Kalau nak rasa ala-ala aiskrim buh kat freezer.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Agar-Agar Santan Gula Melaka

Guna Serbuk Whipping Cream Ni Mudah Simpan Kalau Tak habis >> https://shope.ee/5zqh2ml1Sj

Resepi Mango Float Rasa Macam Ais Krim

Resepi Oleh: Nur Al Fatihah T-hah