
Homemade Creamy Carbonara Lebih Sedap Dari Sos Segera
Husband selalu make fun of orang yang share resepi carbonara tapi guna sos segera ready made sebab tu bukan resepi real, ikut je instructions kat botol sos tu. Resepi Carbonara aku pun bukan authentic sebab yang authentic lagi sikit je bahan dia, yang penting ada cheese dengan egg yolks. Tapi yang pasti made from scratch lagi sedap lah dari sos segera tu. Aku belum jumpa lagi versi instant pasta carbonara sauce yang sedap.
Aku punya resepi ni aku try recreate the taste from my favourite frozen spaghetti carbonara brand CP tu. Sebab tu favourite instant frozen food aku dari zaman aku duduk asrama diploma dulu. Masa aku kerja pun aku makan tu jugak kalau malas nak turun lunch, standby stok dalam freezer pantry je. Even now kalau malas masak aku pergi la 7E beli frozen spaghetti tu. 1 serving tu RM8 kalau tak silap aku, masaklah guna microwave oven kat rumah.
Aku park resepi kat sini. Kot terlupa boleh refer balik. Kalau korang nak try silakan. Creamy Carbonara/White Sauce Pasta/Alfredo atau apa-apa nama je la yang korang nak panggil, ramai pulak yang tak puas hati.
Bahan-Bahan:
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 1/2 bawang Holland potong dadu
- 1 1/2 sudu butter
- Crushed black pepper
- Mixed dried italian herbs
- 1 sudu tepung gandum
- 1 kotak kecik cooking cream
- 1 cawan susu full cream
- 1 keping cheese slice
- 1 sudu kecil chicken powder
- 1 biji kuning telur
- 3 keping streaky beef bacon
- Pasta of choice
Cara Memasak:
1. Rebus pasta dulu. Letak garam dengan minyak sikit dalam air rebusan tu supaya tak melekat. Toskan bila dah siap.
2. Streaky beef tu masak asing dulu dalam another pan. Susun-susun atas pan, tuang air sikit bagi tenggelam. Hidupkan api. Biar sampai air kering semula, balik-balikkan beef tu. Water is used instead of oil sebab kita nak render fat from the beef tu sendiri and supaya dia tak keras and liat. Tak perlu oil pun. Bila agak-agak dah crispy sikit tu tutup api and gunting kecik-kecik dan ketepikan.
3. Tumis garlic dengan bawang holland dengan butter sampai bawang holland jadi macam transparent. Masukkan tepung gandum, gaul laju-laju. Tuang cooking cream dan susu. Gaul sebati. Masukkan black pepper, dried herbs, chicken powder, cheese slice. Gaul dan masak sampai mendidih.
4. Bila dah mendidih bubble-bubble tu kecikkan api, masukkan kuning telur dan gaul laju-laju jangan sampai berketul jadi scramble egg pulak. Bila dah sebati cuba la rasa cukup masin ke tak, adjust la ikut selera. Aku memang tak letak garam sebab cheese, butter, chicken powder tu semua dah masin.
5. Tutup api, masukkan pasta dengan beef tadi, gaul sebati. Hidangkan. Boleh tabur parmesan chese dengan chop garden parsley kalau ada. Kalau tak makan daging, beef tu korang boleh je ganti dengan chicken ham. Nak version vegetarian ganti la dengan mushroom.
Resepi Oleh: Nurul Izzati Ibrahim