Resepi Sos Keropok Lekor Rasa Manis Pedas
Kalau kita goreng keropok ikan/sotong/udang dan keropok lekor mesti nak ada sos pencicah. Rasa tak lengkap kalau makan keropok kosong gitu. Terpulang pada citarasa masing-masing mahu sos sederhana pekat atau sederhana cair. Rasa manis pedas. Jom kita lihat bahan-bahannya untuk buat sos pencicah keropok.
Bahan-Bahan:
- 7 senduk cili kering direbus – dikisar halus
- 5 camca besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih – ditumbuk halus
- 3 cawan gula pasir @ gula perang
- 1/2 camb garam
- 4 ketul gula batu – mengilatkan sos
- 1 cawan cuka makan @ cuka epal
- 2 cawan air -lebihkan jika suka sos cair
- 2 ketul gula melaka saiz sederhana
- air tepung jagung – fungsinya sebagai memekatkan kuah sos
Cara Penyediaan:
1. Tumis bawang putih yang sudah ditumbuk halus dengan 5 camca minyak masak. Tumis sehingga bawang putih menjadi kekuningan.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain iaitu cili kisar, gula perang, gula batu, garam, cuka makan, air dan gula melaka.
3. Masak menggunakan api perlahan sehingga sos menjadi pekat dan bertukar kepada warna sedikit gelap.
4. Biarkan sos sejuk terlebih dahulu. Kemudian masukkan dalam bekas. Simpan di dalam peti sejuk. Selamat mencuba.
Nota: Kalau rajin mahu sos lebih halus, tapis adunan dari kuali supaya serdak cili-cili dapat diasingkan. Jadi sos pencicah lebih nampak smooth.
Dah Ada Sos Pencicah Boleh Makan Dengan Keropok Lekor Terenggani Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Zainor Shima Ihsan


