Sambal & Pencicah

Resepi Sos Blackpepper Mushroom

resepi-sos-blackpepper-mushroom

Resepi Sos Blackpepper Mushroom

Bahan-Bahan:

  • 1/2 sudu kecil butter
  • 1 ulas bawang putih dan sehiris bawang bawang diracik
  • 4 sudu besar sos prego carbonara cendawan
  • 1 gelas air
  • 3 sudu besar kicap Jalen pekat
  • 1 senduk sos lada hitam
  • 3/4 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 biji cendawan dalam tin
  • 1/2 sudu besar serbuk cheese
  • 1 sudu besar ‘sugar brown’ atau gula putih
  • 1/2 sudu besar perasa knorr
  • Secubit dua garam halus

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit butter. Masukkan 1 ulas bawang putih yang diracik halus dan sehiris bawang besar juga diracik halus. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan 4 sudu besar sos prego tadi dan segelas besar air. Kacau rata tanpa ada ketul-ketul. Masukkan 3 sudu besar kicap dan 1 senduk sos lada hitam.

3. Perasakan dengan serbuk cheese, sugar brown, perasa knorr dan garam halus. Terpulang kepada citarasa sendiri. Kacau sekata.

4. Tambahkan hirisan cendawan. Biarkan kuah mendidih. Tutup api dan siap!.

Resepi Sos Blackpepper Mushroom

Resepi Oleh: Afy AL Habibi