Resepi Martabak Cheese Dengan Acar Bawang
Bahan-Bahan:
- 2 gelas tepung gandum (350gm)
- 1 biji telur saiz c (yg paling kecil)
- Sedikit garam
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar shortening/butter
- ½ gelas air atau kalau keras tambah sikit air (200ml)
+ Untuk salut doh roti canai nanti – Butter/margerin/minyak
Caranya:
Jika guna breadmaker –
1. Masukkan semua bahan kecuali air, air tambah sedikit demi sedikit hingga mendapat hasil seperti buat donat. Doh tidak terlalu lembik sangat, tak lekat kat tangan doh dikira ok.
2. Uli guna bread maker sehingga abis ulinya, dalam 20 minit uli. Insyaallah doh akan lembut dan elastik, mula bulatkan doh dalam 90gm dan salut dengan butter/margerin/minyak. Simpan semalaman atau dalam 5 jam.
Jika guna tangan –
1. Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, garam, gula, susu pekat, dan shortening. Kemudian masukkan telor, uli kering.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tak lekat kat tangan. Sukatan air tu tak semestinya habis ye, jika doh dah tak lekat kat tangan dikira ok seperti kita buat donat. Uli doh selama 20 minit sehingga doh lembut dan elastik (part ni uli 7 minit berehat kejap, uli lagi rehat kejap dan uli lagi).
3. Seterusnya bulatkan doh seberat 90gm hingga abis, saya dapat dalam 7 biji. Kemudian salut doh dengan sedikit minyak/butter/margerin. Letak dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman atau dalam 5 jam.
Inti Martabak Daging (boleh dapat 3 atau 4 biji martabak)
Bahan A:
- 500gm daging kisar/hancur
- 2 biji bawang besar (sederhana besar) kalau tak suka bawang banyak isi 1 biji pun memadai potong dadu kecil
- Sedikit je halia tumbuk
- 1 sudu besar rempah beriyani
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 1 sudu besar minyak masak
- Garam, gula secukup rasa
Caranya:
1. Tumis bawang besar dan halia dengan sedikit minyak, masukkan rempah dan kacau hingga naik bau. Biar lama sikit masak supaya rempah masak sempurna.
2. Masukkan daging kisar, perisakan dengan garam dan gula. Kacau adunan hingga masak dan agak kering.
Bahan B:
- 6 biji telor dicuci bersih
Bahan C:
- 2 biji bawang merah di potong dadu
Bahan D:
- 1/2 – 1 mangkuk mozarella cheese yang diparut dan
- 1 tiub cheese yang warna oren yang biasa orang letak dalam burger dalam 6 keping – cairkan dan tambah dalam 1 cawan susu segar, kalau pekat tambah sikit lagi. Cairnya macam sos cili tu.

Bila dah semua bahan ada start mula menebar;
Caranya:
1. Ambil sebiji doh roti canai, jika tak pandai tebar guna dulang, penyek-penyekkan doh atas dulang. Letak sikit minyak ye, canai bagi leper dan tarik doh tadi hingga nipis macam dalam gambar. Insyaallah kalau kita uli doh hingga lembut dan elastik (doh kalau kita tarik ia tak carik/koyak).

2. Pecahkan telur atas doh, masukkan inti martabak, bawang, dan cheese. Tutup doh macam dalam gambar.

3. Panaskan pan taruk sikit minyak, ambil roti perlahan-lahan dan letak atas pan panas tadi. Balik-balikkan roti.
4. Agak-agak dah masak, pecahkan sebiji telur atas roti dan ratakan serta taruk inti martabak. Terbalikkan biar doh yang ada daging ni dibawah. Biar masak.
5. Part akhir ni, kalau nak letak cheese atas permukaan yang ada daging pun boleh atau letak permukaan satu lagi pun boleh. Hanya letak separuh roti sahaja cheesenya, taruk 2 jenis cheese. Nak taruk banyak pun sedap. Biar kejap dan terus lipat dua. Potong kecik dan sedia dihidang panas dan dimakan dengan bawang cuka.
Siap! Resepi martabak cheese dengan acar bawang yang padat dan sedap.

Resepi Acar Bawang
Bahan dan cara buat:
- 2 biji bawang besar (sederhana saiz) di hiris nipis
- 3 sudu besar cuka
- Sedikit garam
- Gula
- Pewarna merah (ros)
+ Satukan kesemuanya dan taruk dalam peti sejuk.
Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali