Resepi Sos Blackpepper Dengan Sup Cendawan Premium Sedap
Ada resepi sos blackpepper dan sup cendawan sedap. Semalam hari lahir Mem. Dia minta nak makan western. Tak nak pergi makan di kedai sebab nak melayan filem Tamil di TV. Okey, ini bajet untuk 180 inggit. Mari tengok apa yang tukang masak jalanan buatkan untuk isteri tercinta.
Lepas Asar semalam Ben pergi ke Jaya Grocer. Ambil protein iaitu daging lembu grain fed yang cantik alur lemaknya tapi akhirnya tak boleh dimakan, lamb shoulder serta kepak ayam. Lepas tu ambil salad, cendawan butang putih gred elok, kentang russet untuk jadikan mashed potatoe, roti, tyme segar, unsalted pure butter, cooking cream, leak, mustard sos, bawang putih dan bawang Holland organik.
Balik sampai ke rumah Ben letak semua atas meja dan mula proses memasak. Multitasking bermula. Rebus kentang, lepas tu sangai bahan untuk sos blackpepper sebelum kisar, kentang tadi lenyek dan masukkan cooking cream, lada putih serta garam. Wapkan balik atas dapur dan siap. Sup cendawan Ben sangat sedap. Guna cendawan butang putih, leek, lobak merah bersama bawang besar dan sama juga sangai sehingga keluar flavour dia sebelum kisar.
Tambah cooking cream, susu sebelum perasakan. Aduhai sedap. Masak kepak ayam, kambing dan steak. Tapi steak tak dapat dimakan. Silap Ben lepas balik tak masukkan daging dalam peti. Sapu bawang, tyme, butter di atas roti dan bakar. Sedap cicah sup cendawan. Rupanya daging lembu tu dah lama. Sekejap di luar dah bakteria membiak berbau. Tak boleh makan nanti keracunan.
Jadi siapkan bahan lain dan makan dengan isteri dan anak-anak. Puas hati sangat dan boleh makan lagi hari ini dengan nilai 180 inggit (tolak 60 untuk daging).
Resepi Sos Blackpepper;
Lebih sedap guna beef brooth tapi yang siap takde yang halal. Campbell pun takde logo halal. Boleh buat beef brooth sendiri atau pakai demi glace Knoor. Tapi sebab tak support dia maka Ben terpaksa tukar. Ben buat macam ni.
- 1 btg leek bahagian putih
- 7-8 cm lobak merah hitis
- 1/2 bawang Holland hiris saiz bola tenis
- 2 ulas bwg putih sederhana.
1. Sangai tanpa minyak atau sedikit minyak pilihan (zaitun ke) sampai dia mulai perang. Lepas tu kisar semua bahan. Letak balik dalam kuali dan Ben guna sos lada hitam brand Singlong. Tapis 2 – 3 kali sebelum masuk untuk kurangkan lada hitam. Banyak sangat.
2. Baru masuk dalam pan dan tambah cooking cream secukupnya, dalam 200 ml. Sesuaikan rasa jika perlu. Dah siap akhir sekali Ben tambah 1 sudu unsalt pure butter. Sedap hasilnya. Tapi kalau buat dengan beef brooth, guna lada hitam kisar sndiri lagi sedap. Gitu.

Resepi Sup Cendawan Premium Sedap;
- 1 pek cendawan butang putih gred A (6-7 biji)
- 1/2 bawang Holland saiz bola tenis
- 7-8 cm lobak merah
- 1 batang leek (ambil dari putih ke hijau)
- TIADA BAWANG PUTIH. Ben tak suka dia ganggu rasa.
1. Masuk dalam pan dan sangai sehingga cendawan layu keluar air dan mulai perang sikit. Masukkan dalam pengisar dengan 200 ml susu. Kisar kasar sikit. Masukkan balik dalam pan dan biarkan mendidih sambil kacau.
2. Baru tambah 150 ml cooking cream, 1 keping cheddar cheese dan 1 sudu makan unsalt pure butter. Perasakan sikit dengan garam dan serbuk perasa. Sedikit sahaja. Bila tengok cantik semua, tutup api. Sedap sangat tau rasa sup cendawan ni. Puas hati.
Nak Sedap Boleh Guna Sos Lada Hitam Brand Singlong Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Ben Safwan


