Resepi Buttermilk Chicken Lauk Kegemaran Anak-Anak Di Rumah

Resepi Buttermilk Chicken Lauk Kegemaran Anak-Anak Di Rumah

Anak-anak suka isi ayam dan masakan ini memang jadi pujaan anak menantu. Untuk resepi harini Mummy Sonah guna 7-8 bahagian isi ayam yang bertulang, ambik isi saja (potong dadu). Tulang yang ada lebihan isi-isi tu nanti hiris kecik-kecik masak la nak masak apa pun, buh dalam bihun goreng ka buat pap kra pao ikut suka.

Tulang ayam boleh buat rebus buat kuah tomyam ka sup ka ikut suka hati. Adunan tepung boleh buat siap-siap. Tak habis guna simpan dan label.

Bahan dan Langkah Memasak:

1. Campurkan semua tepung-tepung ke dalam 1 bekas;

  • 1 3/4 cawan tepung ubi kayu
  • 3/4 cawan + 1sdm tepung kastad
  • 3/4 cawan tepung beras

Caranya; Ambil 1/2 cawan tepung yang siap dicampur tadi. Masukkan dalam bekas lain. Masukkan isi ayam serta;

  • 1 biji telur
  • 1 sdm rempah kari ayam
  • 1 sdk serbuk cili nak pedas guna 1 sdm
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1/2 sdk lada sulah
  • 1 sdm secukup rasa secukupnya atau garam jangan banyak.

2. Gaul semua bahan perap dan ketepikan. Ambil;

1/2 cawan tepung yang siap digaul tadi kemudian celup isi ayam yang telah digaul dan diperap tadi dan goreng 1/2 masak. Goreng sampai habis. Guna minyak goreng yang baru untuk menggoreng isi ayam untuk kali kedua.

Minyak kena panas. Goreng sedikit-sedikit sampai habis. Bila buat begini ayam tak terlalu soggy/limp.

3. Untuk buat bahan sos sedap. Tumis dengan api perlahan;

  • 100/150gm butter.

Butter tak cair lagi, masukkan;

  • 5 ulas bawang putih didadukan.

Tumis dulu bawang putih kemudian masukkan;

Daun kari, mummy guna 10 helai daun kari yang kecil dan daun yang halus ambik depan rumah. Masukkan;

  • 10 btg cili padi hijau nak pedas buh cili padi merah.

4. Goreng sampai terbit wangi masukkan;

  • 1 tin susu cair
  • 2 keping cheese keping
  • Seckup rasa secukupnya
  • 2 sdb susu pekat
  • Splash pewarna kuning untuk cantikan warna
  • 1/2 sdk serbuk cili

5. Biar semua bahan mendidih dan tutup api. Sejukkan sekejap baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan dalam mangkok cecantek. Mummy tabur sedikit saja cili flakes dan sedikit serbuk paprika.

Boleh Guna Tepung Goreng Ayam Macam Ni Lebih Cepat & Mudah >> KLIK DI SINI

Resepi Buttermilk Chicken Lauk Kegemaran Anak-Anak Di Rumah

Resepi Oleh: Makcik Ratu