Resepi Kepak Ayam Madu Sabah
Tahun tahun lepas, kalau bulan Ramadhan, selalu beli Kepak Ayam Madu Sabah kalau sesekali berkunjung ke Bazaar Ramadhan. Suka rasa manis manis pedas, aroma smokey dibakar, kulitnya rangup isinya juicy. Dilimpahi sos kicap yang menyengat. Selalu mintak sos lebih. Sebab nak makan sos banjir. Fuhh. Nikmat.
Bahan-Bahan:
- 2 kg kepak ayam
- 1 labu bawang putih
- 3 inch halia
- air secukupnya
- 3 sudu marjerin
- 1 paket serbuk nasi goreng ayam/2 kiub ayam
- 2 sudu madu
- 2 sudu gula perang
- 3 ke 4 sudu serbuk cili (ikut nak tahap kepedasan macam mana)
- 2 sudu sos tiram
- garam dan blackpepper secukup rasa
- sedikit pewarna merah
Bahan Sos:
- 1/2 cawan air
- 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)
- kicap lemak manis secukup rasa
- gula perang secukup rasa (sos dia manis manis sikit sedap)
Cara Buat:
1. Basuh kepak ayam dan toskan sampai kering. kisar bawang putih dan halia dengan 1/4 cawan air sampai lumat.
2. Letak kepak ayam dalam bekas, masukkan bahan kisar, serbuk nasi goreng ayam, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, garam dan blackpepper. Gaul sampai rata.
3. Cairkan marjerin. Sejukkan sekejap. Masukkan ke dalam kepak ayam tadi dengan pewarna merah. Kacau rata. Perap dan simpan dalam peti ais 4 jam atau semalaman.
4. Panaskan kuali ajaib, bakar sampai masak. Nak bakar guna oven boleh, air fryer atau bakar arang. Ikut citarasa.
Buat Sos:
1. Untuk sos, tuangkan baki bahan perapan kedalam pan. Bilas sedikit air dalam bekas perap ayam tadi dan masukkan dalam pan. Tambah air tepung jagung, kicap lemak manis dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
2. Buka api sederhana, kacau selalu jangan stop sampai sos pekat dan mendidih. Tutup api. Tuang sos atas kepak ayam madu tadi atau dibuat pencicah. Siap! Moh makan!

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo