Manisan

Resepi Som Som Sagu Gula Melaka

resepi-som-som-sagu-gula-melaka

Resepi Som Som Sagu Gula Melaka

Bahan Untuk Sagu:

  • 1 cawan biji sagu
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil pes nona manis pandan

Bahan Untuk Kanji Som Som:

  • 1/2 cawan tepung beras – saya guna cap teratai
  • 1 kotak santan kecil
  • 4 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa

Bahan Untuk Sirap Gula Melaka:

  • 1 cawan gula merah
  • 1 ketul gula melaka
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • Sediakan bekas yang disukai

Cara-Caranya:

1. Sediakan Sirap Gula Melaka; Dalam periuk masukkan semua bahan sirap gula melaka, masak hingga licin gula hancur dan sejukkan di dalam peti ais.

2. Masak sagu; Didih air bersama dengan daun pandan dan pewarna/pes nona manis pandan. Kemudian, asingkan daun pandan dan masukkan sagu, kacau hingga sagu tidak kelihatan warna putih. Tuang ke dalam bekas, ketepikan.

3. Masak kanji som som; Dalam kuali campurkan semua bahan kanji som som, kacau bahan hingga tidak berketul. Pasang api jangan kuat, mula mengacau hingga berwap sedikit likat dan timbul letup-letup terus tutup api.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Kukus Sekaya Durian

4. Terus tuang ke dalam bekas sagu tadi akan dapat hasil berlapis sagu dan kanji som som. Biarkan sejuk seketika, dihidang bersama dengan sirap gula melaka dan sedap dimakan sejuk.

Resepi Som Som Sagu Gula Melaka

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish