Coklat, Manisan, Snek, snek

Resepi Choco Jar Sedap Guna 3 Bahan

resepi-choco-jar-sedap-guna-3-bahan

Resepi Choco Jar Sedap Guna 3 Bahan

Bahan-Bahan:

  • 500 gram bubble rice/mini cocoa crunch
  • 500 gram chocolate (boleh pakai dark atau milk chocolate. Kalau nak senang pakai cadbury je)
  • 70 gram minyak jagung (digunakan untuk chocolate compound seperti brand Beryls & Van Houtten sahaja)

Cara Membuat:

1. Sangai bubble rice atau cocoa crunch atas kuali. Sangai dalam 2-3 minit je. Nak bagi crunchy tahan lama even dah dimasukan dalam coklat nanti. Boleh pakai mana-mana cereal yang anda nak. Tapi better beli di kedai bakery je. Murah sangat, 1kg baru 10 ringgit. Dah sangai, bagi dia sejuk dulu.

2. Cairkan coklat pakai kaedah double boil. Ya saya tahu ramai ada masalah sebab coklat akan berketul kalau pakai choc compound. Jangan risau, letak air panas mendidih dalam bekas besi. Terus letakan bekas kedua yang besar dari bekas di bawah yang berisi air panas. Biarkan seketika sampai coklat mencair sepenuhnya. Ini kalau nak buat kaedah manual la, kalau nak cepat boleh guna microwave sahaja.

3. Kalau pakai coklat callebaut, suhu low panaskan ikot kesesuaian microwave, biasanya 10 saat. Gaul dan masukan lagi dalam 10 saat, tapi bergantung pada microwave masing-masing. Asalkan coklat tak hangus pada permukaan dan air dengan elok.

4. Kalau pakai courveture chocolate yang ada peratusan cocoa solid tu. Tak perlu campur dengan minyak. Yes, dia akan naturally mencair dalam bekas tu. Hanya untuk real/couverture chocolate sahaja. Seperti brand Callebaut/Valrhona atau mana-mana brand yang ada tulis peratusan cocoa (coklat premium). Terus bagi coklat sejuk dalam 15 minit.

Cuba Resepi Ni:  Ais Krim Blueberry Homemade

5. Kalau pakai CHOCOLATE COMPOUND SEPERTI BERYLS/VAN HOUTEN tambahkan 70 gram minyak jagung atau canola oil atau pun minyak masak (coklat ekonomi).

6. Bila dah sebatikan, letak tepi bagi dia sejuk dalam 15 minit. Then letaklah bubbe rice or apa-apa cereal yang anda nak guna, half bekas. Then lagi half, penuhkan dengan coklat. Gaulkan dan boleh terus makan!.

Nota:

  • Tapi bagi saya sedap pakai milk chocolate. Budak-budak mesti suka. Tapi jangan bagi makan selalu tau, jarang-jarang takpe sebab manis. Jangan letak dalam chiller or peti, letak dalam suhu bilik je dan jangan letak direct dengan cahaya matahari.
Resepi Choco Jar Sedap Guna 3 Bahan

Resepi Oleh: Muhammad Ali