Resepi Chewy Dark Chocolate Chunk Cookies

Danish kongsikan resepi chocolate cookies yang baru Danish buat. Resepi cookies MESTI CUBA, Chewy Dark Chocolate Chunk Cookies! Cookies ini crunchy di bahagian tepi dan chewy ditengahnya. Ianya juga mudah dan senang disediakan dan seriously sangat sedap. Hanya ikut tips dan instructions yang Danish dah sertakan. Happy baking semua!.

Resepi Chewy Dark Chocolate Chunk Cookies

Bahan-Bahan:

1 cawan Salted atau Unsalted Butter (boleh guna yang 225 grams atau 250 grams)
2 biji Telur Gred A
3/4 cawan Brown Sugar
1/2 cawan Castor Sugar
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Soda
1/2 sudu teh Garam Halus (Boleh skip jika guna Salted Butter tapi Danish akan tetap add garam utk berikan lebih flavor pada cookies)
1 sudu teh Vanilla Extract
2 1/2 cawan Dark Baking Chocolate yang dicincang (boleh ikut budget plus extra untuk tambahan diatas cookies sebelum dibakar)

Arahan Dan Tips Penting:

1. Bakar cookies di rak tengah dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 15 minit, bergantung kepada saiz cookies dan jenis oven. Guna api atas bawah. Jangan over bake. Cookies akan kelihatan sedikit keperangan ditepi-tepinya tapi masih sedikit lembut di bahagian tengah. Keluarkan dari oven dan biarkan cookies dalam baking tray sejuk sepenuhnya sebelum dialihkan.

2.. Doh PERLU disimpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam atau semalaman sebelum di scoop dan dibakar untuk mengelak cookies mengembang berlebihan dan menjadi nipis bila dibakar. Biarkan doh dalam peti sejuk sementara menunggu yang lain-lain dibakar.

3. Scoop cookie doh jangan terlalu kecil unless mahukan cookies yang nipis.

4. Adunan doh cookies ini Danish buat tak manis, tapi ianya akan bergantung dengan jenis chocolate yang you guys gunakan. Guna Dark Baking Chocolate, Dark Couverture Chocolate atau Unsweetened Baking Chocolate untuk hasil cookies yang tidak terlalu manis. Lebih berkualiti chocolate yang digunakan, lebih sedap hasil cookies. (Guna Chocolate yang kandungan Cocoa nya lebih tinggi. Some baking chocolate mereka ada add lebih gula, check packaging)

5. Danish dapat 32 keping cookies, menggunakan ice cream scoop medium size. Untuk menyimpan, simpan cookies dalam bekas kedap udara dalam suhu bilik.

Nak Rasa Cookies Lebih Sedap, Guna Dark Couverture Chocolate Jenis Ni >> KLIK DI SINI

Resepi Chewy Dark Chocolate Chunk Cookies

Resipi Oleh: Danish Harraz