Kek

Resepi Sihat Tapi Sedap Whole Meal Cake

resepi-sihat-tapi-sedap-whole-meal-cake

Resepi Sihat Tapi Sedap Whole Meal Cake

Whole meal cake ni sesuai untuk kome yang diet tapi nak makan kek sodap. Tak ada butter dan tak guna telur. Walaupun guna tepung whole meal tapi masih sedap, lembut, moist dan wangi bau cinnamon dan badam.

Bahan-Bahan:

  • 200g tepung whole meal
  • 90g gula perang
  • 4 tbsp minyak zaitun
  • 120g susu badam
  • 120g jus oren
  • 2 tbsp yogurt asli
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/4 tsp serbuk kayu manis (optional)
  • Secubit garam
  • Raspberry dan almond slices sebagai hiasan

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 180c. Glis dan alas loyang brownies 7/8 inci. Di dalam mangkuk adunan, pukul minyak zaitun, gula dan yogurt hingga sebati.

2. Masukkan pula esen vanila, susu badam dan jus oren. Pukul lagi hingga elok sebati. Tak perlu hingga kembang ya.

3. Kemudian masukkan kesemua bahan kering iaitu tepung whole meal, baking powder, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Pukul lagi hingga adunan sebati serta rata. Jangan over mix nanti kek menjadi keras pula.

4. Masukkan ke dalam loyang brownies. Taburkan raspberry dan almond slices. Bakar selama 25-30 minit hingga keperangan dan elok masak, ikut oven masing-masing.

Nota: Boleh gantikan dengan toppings kegemaran. Boleh juga guna 100g tepung gandum serbaguna dan 100g tepung whole meal. Hepi menerai.

Resepi Sihat Tapi Sedap Whole Meal Cake

Resepi Oleh: Keroroyz Royz