Resepi Chicken Wings Salted Egg
Makan dengan nasi putih dan telur mata lembu, memang sedap. Makan macam tu saja boleh habis 10 kepak ayam.
Bahan-Bahan:
- 500gram kepak ayam
- 4 biji telur kuning masin (dihancur)
- 3 sudu besar butter
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 4 batang cili padi merah(dipotong)
- 3 batang daun kari
- 1 sudu kecil serbuk Kari ikan
- 3 atau 4 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk perasa Knorr
- Susu cair 1/2 cawan
Cara Memasak:
1. Campurkan tepung jagung, serbuk lada hitam, dan garam. Salut tipis ayam dengan tepung jagung tadi.
2. Panaskan oven pada suhu 200c dan sapukan minyak pada ayam yang sudah disalut tepung. Bakar selama 30-40 minit, kalau nak goreng pun boleh.
3. Panaskan kuali, kemudian masukkan butter dan bawang putih. Masak sehingga sedikit garing dan masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk perasa knorr serta cili padi.
4. Masak seketika, kemudian masukkan susu cair dan gaul rata. Seterusnya, masukkan telur masin dan ayam. Gaul sehingga rata. Hidangkan.
Resepi Oleh: Nurul Ateekah