Resepi Bebola Donut, Donut-Rerro Rocher
Sedap macam gebu gebu donut, salut dengan lemak berkrim milk chocolate dan crunchy almond nibs. Licin dan berebu semua nak makan kalau donut buat macam ni.
Bahan Donut Ball:
- 1 + 1/4 cawan air suam
- 2 + 1/2 sudu besar gula
- 2 + 1/2 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket (11gm) yis kering
- 500gm tepung gandum
- 2 + 1/2 sudu besar Marjerin Seri Pelangi
- 1 sudu besar baking powder
- 1 sudu kecil garam halus
- minyak masak secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan air suam, gula dan susu pekat manis dalam bekas. Kacau hingga gula larut. Tambah yis, kacau dan tutup bekas. Biar 30 minit.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Kacau sebati. Masukkan Marjerin Seri Pelangi dan gaul guna hujung jari sehingga dapat tekstur berpasir.
3. Tambah air yis yang sudah kembang dan berbuih tadi. Kacau dan uli sehingga mendapat doh yang kenyal. Tutup mangkuk dan biar 1 jam sehingga doh naik dua kali ganda.
4. Tumbuk doh dan uli lagi. Tabur tepung atas tempat canai. Uli uli doh. Ambil secubit doh, bulat-bulatkan. Buat sehingga habis.
5. Panaskan minyak, guna api sederhana. Goreng donut ball hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Goreng sehingga habis.
Bahan Hiasan:
- 400gm milk chocolate coin
- 1 sudu besar Marjerin Seri Pelangi
- 200gm almond nibs
Cara Membuat:
1. Sangai almond nibs hingga rangup dan keperangan. Ketepikan.
2. Didihkan air, dalam mangkuk aluminium, satukan milk chocolate coin dan marjerin.
3. Tutup api air. Letak mangkuk chocolate, cairkan kaedah double boiler. Kacau. Bila dah cair, ketepikan. Tambah almond nibs tadi, gaul rata.
4. Salutkan donut ball tadi dengan chocolate almond. Buat sehingga habis. Siap.
Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo