
Resepi Siakap 3 Rasa Setanding Kedai Thai
Bahan Untuk Ikan Siakap Goreng:
- 1 ekor ikan siakap (buang tulang tengah)
- Garam (secukupnya)
- Serbuk Kunyit (secukupnya)
- Tepung Jagung (secukupnya)
Bahan Untuk Kuah 3 Rasa:
- 1/2 biji Bawang Holand (potong dadu)
- 4 ulas Bawang Putih (cincang halus)
- 1 inci Halia (hiris)
- 2 batang Serai (titik/tumbuk)
- 6 tangkai Cili Api Merah & Hijau (hiris nipis)
- 3 tangkai Daun Limau Purut (buang batang)
- 2 sudu Cili Boh
- 3 sudu besar Sos Cili
- 3 sudu besar Sos Tomato
- 1 sudu besar Sos Tiram
- 2 sudu besar Sos Ikan
- 1 sudu besar Secukup Rasa
- Gula – secukupnye
- 1/2 tin nenas dalam tin
- 1 biji Epal Hijau (potong dadu)
- 1 biji Tomato (potong dadu)
Cara dan Tips Menggoreng Ikan:
1. Gaul rata ikan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak (guna minyak banyak lagi bagus) sehingga betul-betul panas dengan api yang kuat. Bile minyak dah panas boleh perlahankan api, kemudian masukkan ikan siakap (kalau ikan tenggelam menyeluruh lagi bagus). Terbalik-terbalikkan ikan perlahan-lahan sehingga ikan masak sempurna.
3. Tujuan panaskan minyak dengan api kuat dan perlahankan api bila nak masukkan ikan tu, untuk nak bagi ikan garing diluar dan lembut di bahagian dalam.
Cara Buat Kuah:
1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang holand sehingga wangi. Masukkan bawang putih, halia, serai, cili api, dan daun limau purut, tumis sebentar.
2. Masukkan pula cili boh dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, secukup rasa, dan sos ikan. Tambahkan sedikit air dan kacau sebati.
3. Kemudian boleh masukkan Epal hijau, nenas dan tomato, kacau dan rasa. Sukat gula dan garam jika perlu, bile dah mendidih kuah kite pun telah siap. Boleh la kite siramkan kuah nie dekat Ikan Siakap yang kite dah goreng tadi.
Resepi Oleh: Ahmad Ilmi Ghazali