Ayam

Resepi Kepak Ayam Yogurt Airfryer

resepi-kepak-ayam-yogurt-airfryer

Resepi Kepak Ayam Yogurt Airfryer

Siap suda kepak hayam yogurt airfryer untuk ratah-ratah minum petang. Tapi akak suka makan dengan roti pita, deboned dan hiris kecik-kecik isinya.

Bahan-Bahan:

  • 8 keping kepak ayam dipotong dua menjadi drumette & wingette
  • 2 inc halia diparut/kisar
  • 2 ulas bawang putih diparut/kisar
  • 2 1/2 sdm yogurt asli/mayonis
  • 1 sdm sos lada hitam
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm kicap pekat
  • 1 sdm madu
  • 1 sdm minyak masak/butter
  • 1/2 sdk herba kegemaran (akak guna thyme)
  • 1/2 sdk serbuk cili
  • 1/2 sdk garam

Cara Memasak:

1. Perap kepak ayam dengan bahan-bahan di atas selama 1 jam atau seeloknya semalaman.

2. Panaskan airfryer pada suhu 160c dan airfry kepak ayam selama 15 minit. Balikkan ayam, naikkan suhu ke 180c dan airfry lagi selama 8-10 minit atau hingga nampak sedikit garing.

3. Hidangkan kepak ayam bersama dengan sos kegemaran. Untuk oven, bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau hingga masak. Boleh guna magic pan jugak, hepi menerai.

Resepi Kepak Ayam Yogurt Airfryer

Resepi Oleh: Keroroyz Royz