Sambal & Pencicah

Resepi Serunding Ayam Boleh Makan Dengan Roti

resepi-serunding-ayam-boleh-makan-dengan-roti

Resepi Serunding Ayam Boleh Makan Dengan Roti

Assalamualaikum. Terima kasih atas feedback yang positif terhadap perkongsian resipi saya yang sebelum ini. Saya bukan sesiapa. Cuma orang muda yang baru suka nak memasak. Nak bagi orang makan pun belum ada confident level yang tinggi lagi.

Malam semalam gigih menyiapkan serunding. Jarang saya semangat memasak malam-malam buta sebab banyak drama oppa yang saya ikut di TV. Mana boleh tinggal. Takpe. Nanti tengok dekat online. Tapi semalam teringin betul nak makan serunding dengan roti. Apa lagi. Terus buat juga. Kalau dulu cuma 450 g ayam, kali ni saya terus buat 1.5 kg ayam. Itu yang bertapa lebih 2 jam di dapur mengeringkan serunding. Puas hati boleh makan tanpa catuan. Sebelum ni saya dah pernah kongsikan resipi. Kali ni saya kongsikan sekali lagi. Semoga bermanfaat.

Bahan-Bahan:

  • 1.5 kg ayam (rebuskan dengan halia)
  • 1 1/2 sdt serbuk kunyit
  • 1 1/2 cawan (325ml) santan pekat
  • 6 sdb asam jawa + 1/3 cawan air (campurkan)
  • 5 sdb gula merah
  • 3 sdt garam

Bahan Kisar:

  • 9 sdb biji ketumbar
  • 1 1/2 sdb jintan manis
  • 45 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 hiris halia

Cara Penyediaan:

1. Rebus ayam dengan sedikit halia hingga empuk. Toskan air rebusan yang berlebihan dan sejukkan ayam. Apabila ayam telah sejuk, carik-carikkan isi ayam.

2. Sangai biji ketumbar dan jintan manis sehingga harum. Kisar rempah yang telah disangai dengan cili kering yang telah direbus dan dibuang biji, bawang merah, bawang putih serta halia sehingga halus.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim

3. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan serbuk kunyit, santan, air asam jawa, gula merah dan garam. Apabila bahan tumisan sudah mula pekat, masukkan isi ayam yang telah dicarik.

4. Kacau rata agar isi ayam disalut dengan sekata. Masak dengan api perlahan selama 2-3 jam atau sehingga ayam betul-betul kering. Kacau selalu supaya serunding tidak hangus.

Nota: Tambahkan sedikit serbuk cili sekiranya mahu rasa yang lebih pedas.

Resepi Serunding Ayam Boleh Makan Dengan Roti

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah