Resepi Nasi Khoumok dengan Ayam Goreng Berempah

Resepi Nasi Khoumok dengan Ayam Goreng Berempah

Masak sekali gus pagi dan tengahari NASI KHOUMOK, senang keje, lepas ni boleh berkebun pulak. Jom tengok resepi.

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 1/2 cawan air
  • 3 sdb minyak sapi/mentega
  • 2 batang akar ketumbar
  • 3 sdb rempah khoumok >> https://shope.ee/8ze4LqG3K1
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 pokok daun ketumbar hirus kasar
  • 1 kiub ayam
  • 2 sdb susu pekat manis/cair

Bahan Hiris:

  • 1 labu bawang besar merah
  • 1 Inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Cara Memasak:

1. Cuci beras basmathi rendam selama 30 minit atau 1 jam. Masak air dalam rice cooker hingga mendidih, sambil-sambil tu panaskan minyak sapi atau mentega dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris hingga wangi.

2. Masukkan rempah komok dan kacau supaya tidak hangus. Masukkan akar ketumbar dan beras. Goreng sekejap beras. Hati-hati kacau takut hancur nanti.

3. Tuangkan beras dalam rice cooker berisi air mendidih tadi dan masukkan juga susu, kiub ayam dan garam. Tekan butang cook dan masak nasi macam biasa.

Bahan Untuk Ayam Goreng Berempah:

  • 1 ekor ayam dipotong 12 ketul
  • 1 labu bawang putih
  • 4 batang Serai
  • 2 inci halia
  • 1 sdb ketumbar biji
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 2 sdb cili giling
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara Memasak:

1. Bahan-bahan ni diblend semua dan lumur pada ayam. Perap selama 30 minit atau sejam. Goreng ayam dalam minyak terendam hingga masak.

2. Nak dapatkan ayam yang cantik dan serdak-serdak yang tak hangus, kena jaga main api. Jangan terlalu besar atau kecik apinya.

Bahan Untuk Sos Cili Thai:

  • 10-15 biji cili padi merah hijau
  • 4 biji cili besar merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 pokok akar ketumbar
  • 2 biji tomato masak ranum
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuat: Kisar semua bahan-bahan di atas dan masak hingga agak pekat dan nampak berkilat.

Hidang bersama nasi khoumok, ayam goreng berempah, sos thai, daun salad, hirisan timun dan juga tomato. Selamat menjamu selera.

Resepi Nasi Khoumok dengan Ayam Goreng Berempah

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar