Bubur

Resepi Bubur Jagung Sagu

resepi-bubur-jagung-sagu

Resepi Bubur Jagung Sagu

Bahan-Bahan:

2 tongkol jagung manis mentah – dihiris nipis
5 sudu besar gula pasir – tambah lagi bila nak lebih manis
3 sudu besar gula merah
4 sudu besar sagu
1.5 liter air – campur dengan santan pekat
100 ml santan pekat (anda boleh gunakan santan tin, kotak, atau segar)
garam secubit

Cara Membuat:

1. Basuh sagu sekali dan toskan tetapi ingat jangan direndam. Kemudian siapkan periuk dan masukan santan pekat yang telah dicampur dengan air, jagung yang telah dihiris, dan secubit garam.

2. Masak atas api sederhana sahaja dan kacau sehingga mendidih.

3. Selepas itu masukan gula pasir, sagu, & gula merah dan kacau sehingga sagu bertukar menjadi jernih.

4. Akhir sekali, kacau dan biarkan sehingga bubur masak dan siap untuk dihidangkan.

bubur-jagung-sagu