Resepi Sardin Roll, Boleh Buat Frozen
Buat bebanyak boleh simpan. Petang-petang anak selalu mencari kuih. Senang sket bila ada stok. Best pula buat. Rasa macam nak buat lagi dan lagi.
Bahan-Bahan: lebih kurang 48 biji
Pastry –
- 4 cawan tepung
- 1 sdm tpg beras
- 2 sdm tpg jagung
- 2 sdk gula
- 1 sdk garam
+ Campur semua bahan
- 1/4 cawan myk
- 2 sdm penuh majerin
+ Panaskan sehingga panas sedikit
Air (tambah sehingga terbentuk doh, tips guna air ais dari peti sejuk)
Cara Buat:
1. Tuang minyak panas ke dalam tepung. Gaul sampai jadi serbuk. Tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit, bulatkan doh.
2. Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sebelum guna (wajib tok guru kata).
3. Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jadi lembut. Masa ni uli dalam seminit dua. Permukaan doh akan flawless.
4. Buat doh kecik bulat saiz yang diigini. Buat bentu bulat bujur seperti buah “pear”. Canaikan seperti bentuk dalam gambar.

5. Untuk bahagian hujung yang tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nanti tak perlu letak air, ia akan melekat.
6. Optional tip; Boleh tambah 1 sdm shortening untuk efek ranggup. Tambah dalam aduanan atau masa menggoreng.
Bahan Inti:
- 1 tin besar sardin
- 1/2 labu bwg besar – dadu
- 2 biji bwg putih – cincang
- Cili padi/besar – optional
- 2sdm cili giling – optional
- gula garam
- perahan limau nipis
Cara Buat:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi/besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu (Tips; minyak kena sket je, nanti berminyak susah nak handle).
2. Tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing. Masukkan sardin, pecah-pecahkan. Tambah garam gula dan akhir sekali perah limau. Masak sampai kering.
Nota: Untuk frozenkan saya bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.

Resepi Oleh: Ellyna Abdul Aziz