Resepi Ketam Masak Cili Singapore
Dari hari tu teringin nak makan ketam bercili, ni baru berkempatan masak, thanks tuan tanah share resepi, walaupon ayu ada derhaka sikit tapi rasanya memang terbaik laaa..
Bahan-Bahan:
- 2 ekor ketam
- 2 sudi cili kering
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu sos tiram
- garam dan gula secukup rasa
- 1/2 cawan air
- 1 biji telur dipukul
- 1 biji bawang besar – mayang
- Daun sup & daun bawang – tabur
Bahan Kisar –
- 5 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1/2 inci halia
Cara-Cara:
1. Bersihkan ketam. Tabur sedikit garam dan goreng hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
2. Tumis bahan kisar, cili kering, sos tomato, sos cili dan sos tiram hingga naik minyak. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
3. Masukkan ketam, gaul rata dan biar masak sekejap. Tuang telur di sekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat. Tabur daun bawang dan daun sup. Siap.
Resepi Oleh: Ayu Shahir