Resepi Kacang Kuda Tumis Kari Kering
Sampai di kampung malam tadi, sebelum tidur, abah mertua hakak dah sesiap minta masakkan kacang kuda esok pagi (hari ini). Ada sapa pernah makan kacang kuda pesen ni? Ini resepi warisan keluarga mertua hakak tau. Bila dah kawen, baru hakak tau ada masakan kacang kuda pesen ni. Sedap oiii.
Nasib baik la sempat jenguk-jenguk tengok-tengok arwah mak masak dulu. Tidaklah ralat rasa bila abah minta masakkan time dia teringin sekarang ni kan. Oh ya… Selain kacang kuda, boleh juga ganti ubi kayu. Pon sedap.
Bahan-Bahan:
- Kacang kuda – lebih kurang RM2 (Rendam dulu semalaman sebelum tidur. Esok pagi bangun, rebus sampai empuk. Letak garam sikit masa rebus. Saya rebus setengah jam untuk empuk untuk kuantiti itu. Kemudian toskan)
- Bawang putih 2-3 ulas (tumbuk lumat)
- Bawang merah 3-4 ulas (tumbuk lumat)
- Ikan bilis – agak-agak kuantiti (tumbuk lumat)
- Cili kering – Gunting pendek
- Daun kari
- Biji sawi (optional)
- Serbuk kari 1 sudu besar – Nak pedas boleh tambah serbuk cili sikit
- Minyak untuk tumis
- Garam gula perasa – Ikut selera
Cara-Cara:
1. Untuk dapatkan ‘effect’ cili kering dan daun kari garing. Saya goreng asing dulu dedua ni sampai garing dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah bawang putih sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan serbuk kari pes, ikan bilis tumbuk, dan biji sawi. Tumis sehingga pecah minyak yer.
3. Kemudian, letak garam gula perasa ikut selera. Agak-agak seimbang manis masin dia baru sedap.
4. Dah cukup rasa, masukkan kacang kuda yang dah direbus tadi. Gaul-gaul sebati sehingga kering.
5. Last sekali, sebelum matikan api, masukkan daun kari dan cili kering garing tadi. Gaul-gaul sekejap. Matikan api dan boleh hidang.
Siap resepi mudah kacang kuda tumis kari kering. Selamat mencuba.
Nota:
- Kalau nak senang dan cepat, boleh tumis terus bawang merah, bawang putih, cili kering dan daun kari bersama. Tapi tak garingla cili kering daun kari tu.
- Boleh letak udang juga, terus jadi lauk.

Resepi Oleh: Nina Lee Daud