Roti

Resepi Roti Sosej

resepi-roti-sosej

Resepi Roti Sosej

Bahan-Bahan:

50g mentega
300ml susu suam
1 peket yis mauripan (10-11g)
40-60g gula (ikut suka nak pakai kurang atau lebih)
550g tepung roti
1 1/2 sudu teh garam
Sosej
Telur – untuk sapu atas roti

Cara Membuat:

1. Satukan susu, gula dan yis dan biarkan seketika sehingga berbuih (5-7 minit).

2. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, mentega, garam dan adunan yis tadi. Uli menggunakan mixer, pakai doh hook selama lebih kurang 7-8 minit sampai adunan tidak lagi melekat-lekat pada keliling mangkuk.

3. Keluarkan doh, bulatkan bagi seketul macam bola. Masukkan ke dalam satu mangkuk lain yang dilengser sedikit minyak. Tutup dengan cling wrap dan rehatkan selama lebih-kurang 40 minit.

4. Bila doh naik mengembang selepas 40 minit, buka cling wrap dan tekan-tekankan doh bagi kempis.

5. Bahagikan doh kepada 8 bahagian, bentukkan setiap satu secara memanjang (golek-golekkan) dan lilitkan pada sosej. Nanti masa bakar sosej akan mengecut dan roti akan mengembang, so pastikan masa lilit, biar sosej terjulur keluar sikit. Rehatkan lagi selama 30-40 minit sehingga doh naik lagi sekali.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Sobek Pandan, Uli Pakai Tangan

6. Agak-agak lagi 15 minit sebelum tamat masa rehat doh, panaskan oven siap-siap apada suhu 180ºC.

7. Sebelum masukkan roti sosej ke dalam oven, sapukan telur (eggwash) di atas permukaan roti. Bakar roti selama 14-16 minit.

Resepi Oleh: Aziatul Aznin Mat Taridi – MAHN