Puding

Resepi Puding Roti Berkaramel

resepi-puding-roti-berkaramel

Resepi Puding Roti Berkaramel

Bahan-Bahan:

Bahan A –

20g agar-agar bertali
5 1/2 cawan air
1 cawan gula

Bahan B –

5 keping roti gardenia – Carik-caikkan
1 tin susu cair
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar butter/marjerin
1 sudu besar tepung kastard – Bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna pilihan – Pewarna ungu, pink & kuning

Bahan Berkaramel –

2 sudu gula

Cara Membuat:

1. Buat bahan berkaramel. Masak dalam loyang 8 atau 9 inci atas api perlahan. Jadikan gula hangus, tapi jangan hangus sangat. Bila gula dah cair, ratakan dalam loyang. Ketepikan.

2. Untuk Bahan A. Masak agar-agar bersama air hingga larut. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga rata. Perlahankan api.

3. Untuk Bahan B. Blender semua Bahan B kecuali tepung kastard dan bahan pewarna hingga hancur halus.

4. Kemudian, tuang dalam periuk agar-agar tadi. Besarkan api semula. Kacau hingga rata, masukkan tepung kastard. Kacau sebati hingga mendidih. Tutup api.

5. Ambil 2 cawan agar-agar, tuang dalam loyang berkaramel tadi. Biarkan sedikit beku. Lebihan agar-agar tadi bahagikan kepada 3 bekas sama banyak. Warnakan ungu, pink & kuning.

Cuba Resepi Ni:  Puding Roti Neapolitan Sedap Dimakan Sejuk

6. Tuang agar-agar ungu atas agar-agar yang sedikit beku perlahan-lahan hingga habis. Kemudian, masukkan warna pink dan seterusnya warna kuning hingga habis.

7. Kena buat dengan cepat ye, tapi cermat sebab puding roti ni cepat beku. Kalau rasa dah beku, panaskan sekejap atas api perlahan.

8. Tunggu beku atau sejuk baru simpan dalam peti sejuk. Selepas 2 jam, bolehlah telangkupkan puding tu dalam pinggan/alas yang rata. Potong ikut suka dan sedia untuk menikmatinya.

Resepi Oleh: Zura Zul – MAHN