Resepi Puding Oreo Coklat dan Perisa Strawberry

Resepi Puding Oreo Coklat dan Perisa Strawberry

Siapa peminat puding? Hari ni jom kita buat puding lapis oreo dengan coklat dan strawberry. Anak-anak dekat rumah mesti suka, bertambah sedap kalau makan lepas disejukkan seketika.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket agar-agar tali 18gram
  • 3 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu gula
  • 2 sudu teh serbuk koko
  • 2 sudu teh serbuk Milo
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 bungkus biskut Oreo (patah-patah jadi 4)

Cara Membuatnya:

1. Masakkan agar-agar dengan air, susu cair, gula, dan esen vanilla. Masak sampai agar-agar larut.

2. Kemudian, buat lapisan 1. Ambik 1 cawan warna putih, masukkan 1 sudu kecil serbuk koko dan 1 sudu kecil Milo ke dalam bekas lain. Kacau sebati. Masa nak tuang dalam acuan, tapis dulu yek. Sejukkan sebentar dalam peti ais (selama 10 minit). Jangan keras sangat sebab nak letak bahagian kedua pula. Agar-agar dalam periuk hendaklah sentiasa panas, guna api yang slow.

3. Lepas tu, ambik 2 cawan warna putih dalam periuk tadi. Masukkan ke dalam lapisan 1 tadi, lorekkan sikit dengan pisau atau garfu supaya lapisan 1 dan 2 melekat. Sebelum nak tuang, tapis dulu kemudian letak kesemua kepingan biskut. Pastikan tenggelam biskut tu yek, selepas itu letak kejap dalam peti sejuk.

4. Bila lapisan kedua agak-agak nak keras, ambik lebihan agar dalam periuk tadi (campurkan 1 sudu kecil serbuk coklat dan 1 sudu kecil milo, untuk buat lapisan ke 3). Sebelum tuang, lorekkan dulu lapisan kedua dan tuang campuran tadi sampai abis.

5. Masukkan dalam peti ais selama 30 minit. Pastu boleh la nikmati sejuk-sejuk, pasti sedap. Kalau nak buat warna pink, sama sukatan dengan coklat tu. Ok selamat mencuba sapa-sapa nak cuba, senang sangat. Cuma kena sabar untuk buat lapisan tu.

Guna Acuan Macam Ni Untuk Puding Kelihatan Cantik dan Menarik >> KLIK DI SINI

Resepi Puding Oreo Coklat dan Perisa Strawberry

Resipi Oleh: Rozinah Inah