Resepi Sambal Hitam Tomato
Sambal hitam tomato, ambil masa 4 jam jugak nak siapkan sambal hingga betul-betul kering, haru jugak duk berdiri lama. Sedap ada rasa masam-masam manis pedas, semua secukup rasa. Boleh la buat kalau sapa yang nak rasa.
Bahan-Bahan:
- 1 kg tomato cherry atau tomato biasa ranum
- 300 gm ikan bilis dicuci bersih dan tumbuk kasar
- 3 labu bawang merah besar
- 3 genggam cili padi
- 3 sdb kicap pekat
- Garam, gula dan ajinomoto
- Minyak untuk menumis
Cara Buat:
1. Masukkan buah tomato cherry dalam kuali dan masak tanpa minyak sehingga tomato lembik dan kering airnya.
2. Blend bawang merah besar dan cili padi hingga hancur, kemudian tumis sehingga garing.
3. Masukkan ikan bilis yang telah dicuci bersih dan ditumbuk kasar, gaul hingga rata.
4. Masukkan tomato cherry tadi dan kicap pekat, masak sambal sehingga kering.
5. Sejukkan sambal dan simpan dalam bekas bertutup. Sedap makan dengan nasi panas.

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar