Buat Minum Petang Dengan Cucur Udang Maggi
Petang-petang nie kalau takde idea nak buat ape bleh la try resepi nie. Resepi nie saya dapat dari selebriti terkenal kita Sis Sheila Rusly dari program masakan dia yg famous tu heheā¦
Sekadar mengambil inspirasi untuk di jadikan idea dalam menu kita tak salah kan? Dah banyak kali saya buat memang sedap, So sape-sape yang nak try boleh la.. Jom tengok macam mana cara nak membuatnya, Sangat mudah nak senang.
1. First dah tentulah kena ada maggi kan, yang nie memang wajib ada kalau takde memang kena bagi ada jugak.
Saya guna 2 bungkus maggi perisa ayam, nie untuk yang nak buat makan sikit-sikit jer kalau agak-agak nak makan beramai-ramai gandakanlah jumlah dia ye.

2. Macam biasa, celurkan dulu maggi tadi. Kemudian toskan, dah siap letak tepi dulu. Jom tengok bahan lain pulak.
3. Ini antara bahan yang lain, sama jugak macam kita nak buat cucur udang biasa jerr. Untuk saya bahan ni jer yang ada kat rumah, so guna yang ni jelah.
Ada udang, daun kucai, daun sup, bawang besar, taugeh dan juga cili merah. Potong lah ikut suka macam mana pun janji potong.
Macam hampa kalau nak guna bahan macam saya jugak pun boleh tapi kalau ada nak tambah ape-ape lagi terpulang lah.

4. Ok dah siap potong bahan-bahan tadi, kita biarkan tepi dulu. Dalam bekas lain masukkan tepung gandum, saya guna 2 cawan saja kalau nak banyak gandakan saja. Cara bancuh sama ja, bancuh macam kita nak buat cucur yang selalu kita buat tu hokey.
Dah siap bancuh tepung tadi, boleh la masukkan bahan-bahan yang telah siap kita potong awal-awal tadi tu. Gaul rata sampai sebati.
5. Ha masa yang ditunggu-tunggu, dah siap gaul semua bahan barulah kita masukkan maggi yang telah siap dicelur tadi.
6. Dah siap gaul maggi bersama tepung dan bahan-bahan lain tu, masukkan pulak serbuk perencah ayam maggi tu. Ini lah yang buatkan cucur kita rasa sedap sikit, lain dari yang lain.
Saya masukkan 2 bungkus terus, kalau rasa kurang ape-ape boleh la nak tambahkan garam ataupun aji sikit. Semua ni terpulang pada hampa nahh, kalau saya 2 bungkus serbuk perencah ni dah cukup takyah nak tambah-tambah rasa dah.
7. Gaul lah bagi sampai sebati, mesra semua bahan. Lepas ni boleh la goreng.
8. Oh ya ada 1 tips yang saya nak kongsi dengan semua, mungkin ada yang dah tahu dan mungkin jugak yang tak tahu kan.
Mak saya cakap kalau sebelum nak goreng tu, ambil sesudu minyak dalam kuali yang kita tengah panaskan untuk menggoreng cucur nie. Dia akan buatkan cucur kita jadi lebih garing dan sedap. Minyak yang telah panas tau.

9. Minyak pun dah panas, goreng la macam biasa. Bentuk terpulang lah nak kecik ker nak besar ker tebal ker nipis ker ikut hampa la.
10. Goreng-goreng lagi, kalau nak garing pun bleh kalau suka yang sedang-sedang saja pun bleh. Ikut citarasa tekak sendri. Kalau saya ofkos suka yang garing.
11. Taraaaaa.. siap dah cucur udang maggi saya. Boleh la dihidangkan dengan sos cili dan jugak mayonis. Hampa nak makan dengan ape pun terpulang lah, boleh jer kan.

Resepi Oleh: Ila Najwa