
Resepi Sambal Goreng Singapore Sedap Makan Dengan Nasi Panas
Ini kali pertama saya cuba buat Sambal Goreng Singapura ni. Ada beberapa versi resepi yang saya lihat di fb juga Youtube untuk saya rujuk dan kemudian saya alter sendiri untuk kemudahan saya. Cubaan kali pertama ini sekadar try & error. Tapi alhamdulillah mak kata “cukup rasa”.
Bahan-bahan lain selain daging, boleh letak paru, hati, limpa. Tapi saya guna stok yang mana ada kat dalam peti ais dan peti dapur rumah ni ja. Sesiapa yang berminat, boleh cuba. Agak leceh bagi saya. Tetapi berbaloi untuk dicuba. Moga bermanfaat.
Bahan-Bahan:
- Cili kering segenggam (saya dah siap gunting awal-awal senang nak masak, rebus, cuci & tos)
- Bawang besar 8 biji
- Bawang putih 8 biji
- Halia 2 inch
- Lengkuas 2 inch
- Serai 3 batang
- Santan kara 2 x 200ml
- Daging lembu 1/2 kg (rebus siap-siap hingga empuk, potong kecil)
- Udang basah 1/2 kg
- Tempe 10 keping (potong dadu)
- Tauhu 10 keping (potong dadu)
- Lada merah basah 20 tangkai (hiris nipis)
- Gula melaka secukup nya
- Air asam jawa secukup nya
- Bawang merah goreng 3 sdb (beli yang ready made ja)
- Mushrooms seasoning secukup nya
- Garam secukup nya
- Air secukup nya
- Minyak secukup nya
Cara Membuat:
1. Kisar cili kering bersama dengan bawang besar, bawang putih, halia juga lengkuas. Ketepikan. Goreng tempe hingga masak keperengan. Ketepikan. Goreng tauhu hingga masak keperangan, ketepikan. Goreng udang basah. Dalam 5-7 minit kemudian angkat dan ketepikan. Goreng juga lada basah merah.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak secukupnya. Masukkan serai yang telah diketuk terlebih dahulu. Masukkan bahan-bahan kisar. Gaul rata dan sebati mesra hingga terbit minyak. Masukkan gula melaka. Gaul rata kemudian masuk air asam jawa. Masukkan daging. Gaul rata.
3. Masukkan santan. Gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit. Kacau hingga santan mula menggelegak dan mendidih. Masuk mushroom seasoning dan & garam. Boleh adjust tambah lagi air asam jawa dan gula ikut keperluan. Kacau hingga santan sedikit kering.
4. Masukkan udang. Gaul rata. Kemudian masukkan tempe dan tauhu. Gaul rata. Last masukkan bawang goreng. Gaul rata sekejap. Tutup api.
Resepi Oleh: Nurulhuda Yaakub