Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Bilis Garing Berkacang

resepi-sambal-bilis-garing-berkacang

Resepi Sambal Bilis Garing Berkacang

Bahan-Bahan:

  • Lada Kering RM3
  • Kacang Tanah RM4
  • ikan bilis RM5
  • bawang besar bawang besar 7 biji
  • bawang putih 10 ulas
  • gula pasir ikut suka nak manis mana
  • gula merah 2 sudu besar
  • belacan seinci
  • pes asam jawa satu sudu
  • minyak

Cara Buat:

1. Panaskan 1 mangkuk kecil minyak masak, gorengkan kacang tanah toskan letak tepi. Guna minyak yang sama, goreng pula ikan bilis hingga garing, angkat toskan letak tepi.

2. Gunting lada kering untuk keluarkan bijinya, basuh, toskan dan sangai hingga garing (saya letak sediki minyak masak masa sangai ni). Bila dah agak garing, angkat dan toskan, letak tepi.

3. Blenderkan tanpa air atau tumbuk bawang besar dan bawang putih (jangan terlalu lumat). Kemudian, tumiskan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi. Jika kurang boleh tambah lagi minyak tapi jangan banyak sangat nanti sambal lambat kering dan garing.

4. Tumiskan bawang kisar kemudian masukkan belacan, masukkan gula pasir dan gula merah. Kacau sebati kemudian perlahankan api.

5. Kisarkan tanpa air lada kering yang disangai tadi lalu masukkan dalam kuali tumisan bawang tadi. Kacau sebati dan kuatkan sikit api tapi jaga selalu jangan sampai hangus.

6. Masukkan pes asam jawa dan kacau sambal sehingga sebati dan betul betul kering. Bila dah siap, tutup api dan letak tepi, biarkan sejuk. Selepas betul-betul sejuk baru masukkan ikan bilis dan kacang dalam sambal.

7. Gaul hingga sebati dan boleh lah disimpan dalam botol kedap udara untuk kekalkan kerangupan kacang dan ikan bilis. Selamat mencuba.

Resepi Sambal Bilis Garing Berkacang

Resepi Oleh: Yana Liana