Biskut, Kuih Raya

Resepi Semperit Red Velvet Cheese

resepi-semperit-red-velvet-cheese

Resepi Semperit Red Velvet Cheese

Bahan-Bahan: 150 Biji

  • 250g buttercup suhu bilik jangan terlalu cair nanti bunga samperit kembang setaman.
  • 100g gula aising (wajib ayak) supaya senang nak tekan nanti tak tersekat di skala 5.
  • 340g tepung jagung
  • 40g tepung gandum/superfine
  • 20g tepung beras
  • 4 sb tepung custard
  • 2sk elmco red valvet
  • 50g cream cheese
  • 4 sudu makan wipping cream atau susu pekat
  • 1sk essen vanila
  • Pewarna bright red kedai bakery ye.

Cara-Cara:

1. Pukul butter dan gula guna spatula atau senduk kayu ajer. Sebati cukup jangan kembang nanti bunga jatuh. Pastu masukkan essen vanila dan red valvet elmco dan pewarna kacau sebati lagi.

2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan susu atau wipping cream sampai sebati tidak berketul. Masukkan cream cheese dalam bekas butter dan gula tadi kacau sebati (cream cheese suhu bilik).

3. Satukan kesemua tepung tadi, masuk dalam gula dan butter serta cream cheese tadi. Masukkan sikit-sikit eh jangan semua. Uli sampai tak melekat di tangan tau. Jangan keras nanti tak boleh tekan adunan. Kalau terlalu lembik tambah tepung jagung kalau keras tambah buttercup atau cream cheese.

4. Bila dah sebati adunan boleh menekan semperit. Lepas tekan biorkan 15 minit di luar baru bakaq. Suhu oven 170 masa 20-25 minit ikut jenis oven msing-masing yer. Inshaallah macam mana korang tekan sebelum bakar macam tu la bunga selepas bakar sikit tak kembang.

Resepi Samperit Red Velvet Cheese

Resepi Oleh: Siti Solehah