
Cara-Cara Buat Bubble Pearl Secara Homemade
Bahan-Bahan:
- Tepung ubi
- Air panas
- Serbuk kopi (bergantung pada tepung yang anda guna)
- Air gula (untuk rebus pearl)
- Daun pandan (untuk air gula)
Cara Buat:
1. Bancuh serbuk kopi dengan air panas secukupnya. Lebih gelap warna kopi, lebih gelap pearl anda.
2. Masukkan bancuhan kopi ke dalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tak melekit. Pastikan jangan letak banyak air dari tepung sebab doh akan jadi lembik. Tepung pun jangan terlampau banyak, takut doh rapuh dan hancur.
3. Bulatkan doh sampai menjadi kecil.
4. Panaskan air gula sehingga mendidih dan masukkan pearl hingga terapung dalam 20-30 minit. Lagi lama anda rebus, lagi terasa manisnya bubble pearl anda seperti senyuman anda.
5. Angkat pearl dan biarkan sejuk. Dilarang sekerasnya letakkan pearl yang direndam air gula dalam peti sejuk kalau tak nak pearl anda sekeras hati ex boyfriend/girlfriend anda.
6. Boleh letak di dalam minuman kegemaran anda. Selamat mencuba dan boleh share tau.
Nota: Semua bahan di atas TAK ADA SUKATAN. Bergantung pada berapa banyak tepung anda guna.

Resepi Oleh: Nur Fatihah